Wednesday, March 11, 2009

Lebih Ceria Walaupun Jiwa Bergelora



Apa yang perlu dilakukan dalam suasana begini? Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga.

Petua-petua ini boleh diamalkan untuk membuat diri lebih ceria dan gembira walau di mana jua, malah juga untuk menonjolkan sikap bersahaja walaupun di hati sedang bergelora.

• Niat di hati. Katakan pada diri. ”Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”

• Banyak istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.

• Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar merasa damai.

• Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, kita mengambil wudhuk.

• Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat. Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.

• Bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya bersyukur kerana mempunyai kerja untuk mencari rezeki, punya pendapatan pada akhir bulan dan seumpamanya.

• Amalan bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat.

• Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok. Melangkah dengan penuh keyakinan, biar bertenaga.

• Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita, terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.

2 comments:

mamianggun said...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, apa yang dinyatakan dalam rencana ringkas ini terbukti kebenarannya jika diamalkan. I know coz i've been practising it myself dan jangan lupa SENYUM selalu ;)

jeruk-maman said...

Alhamdulillah...