Tuesday, May 17, 2011

Rumah dan Taqwa

"Saya berharap rumah yang dimiliki oleh tuan puan selepas ini akan dapat dijadikan sebagai asas untuk membina keluarga yang bertaqwa kepada Allah SWT. Hakikatnya, kerajaan hanya boleh membantu membina rumah, tetapi tuan puanlah pula yang membina rumahtangga. Rumah boleh dibina dengan batu, pasir, simen dan kayu. Tetapi rumahtangga dibina dengan kasih sayang, iman dan taqwa kepada Allah SWT..." - petikan ucapan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika melancarkan Projek Rumah Kos Rendah Perbadanan Menteri Besar Kelantan di Perumahan Wadi Iman, Kok Lanas pada 15 Mei 2011.