Wednesday, March 25, 2009

Cinta



1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. Pandailah merawatnya supaya cinta pertama tetap segar. First love never dies. Namun yang pertama belum tentu yang terbaik, seringkali yang terakhir biasanya yang terbaik.

2. CINTA PEMBIMBING
Biasanya dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada wanita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya, pasangan yang juga menjadi guru, seorang yang boleh dijadikan idola, dan dapat memberi inspirasi mengembangkan bakat dan potensi diri wanita.

3. CINTA MENGGODA
Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya. Walaupun telah ditinggalkan pergi, di hati sentiasa yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Ibarat antara dua darjat. Sepatutnya tidak menjadi masalah jika kedua-dua pihak aman dan bahagia. Namun, perbezaan yang terlalu jauh kadangkala boleh membuatkan salah satu pihak merana apabila ikatan emosi di antara kedua-duanya kurang kuat.

5. CINTA BERSEGI-SEGI
Tertarik kepada lelaki yang sudah terikat atau sebaliknya. Dalam hal ini, keterikatan itu bakal menimbulkan cabaran dan dugaan.

6. CINTA SI PENYELAMAT
Kisah cinta ini berlaku apabila kita selalu menolong si dia pada setiap waktu. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula mengharapkan balasannya. Sentiasalah berikan cinta yang tulus kepada si dia.

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha juga.


Yang pasti cinta yang Agung itulah yang kekal abadi.
Kasih manusia sering bermusim.
Sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi.
Sayang Tuhan janjiNya pasti.

1 comment:

mamianggun said...

Salam...i found this & would like to share...

C.I.N.T.A

C - Cintakan Allah adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi. Cinta selainnya adalah Cinta yang luntur dan berakhir.

I - Islam adalah agama yang syumul. Hendaklah kita bangunkan kesyumulannya. Kesyumulannya di dalam diri tidak sama dengan kesyumulan di dalam rumahtangga dan tidak sama kesyumulan di dalam jemaah. Kesyumulan di dalam jemaah tidak sama dengan kesyumulan di dalam negara.

N - Natijah orang yang berfikir itu ialah merasa kebesaran Tuhan dan terus tunduk pada perintah Allah.

T - Tanda kita mementingkan diri sendiri ialah tidak berniat membela fakir miskin dan orang yang teraniaya.

A - Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti, alim hati kurang bercakap, banyak berbakti, alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.