Saturday, March 24, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kurang Berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8.Susunan rumahtangga yang tidak kemas

* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah

* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)




adaptasi dari : Keindahan Ciptaan Allah Taala

Friday, March 23, 2012

Reda Ibu Bapa

Halim Islam Online ©: Tiada keredaan Allah tanpa keredaan ibu bapa


Published with Blogger-droid v2.0.4

Beza Erti Muhrim & Mahram

Beza erti Muhrim dan Mahram


Published with Blogger-droid v2.0.4

Padah Gadis Melampau

Halim Islam Online ©: Padah Gadis Melampau


Published with Blogger-droid v2.0.4

24 Peringatan

Halim Islam Online ©: 24 Peringatan Bagi Kaum Wanita


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ubat Penyakit Mulut

Halim Islam Online ©: Formula Mengubati ‘Penyakit’ Mulut Celupar Daripada Rasulullah SAW


Published with Blogger-droid v2.0.4

5 Rahsia

Halim Islam Online ©: 5 Rahsia Cina Kaya Raya


Published with Blogger-droid v2.0.4

6 Wanita

Halim Islam Online ©: 6 Golongan Perempuan Yang kurang Layak Dijadikan Isteri


Published with Blogger-droid v2.0.4

Negara Haram

Halim Islam Online ©: Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan


Published with Blogger-droid v2.0.4

Angry Birds

Halim Islam Online ©: Kaitan Angry Birds Dengan Nilai-Nilai Islam


Published with Blogger-droid v2.0.4

Malam Pertama

Halim Islam Online ©: Takutnya Malam pertama


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rumah Rasulullah SAW

Halim Islam Online ©: Mari kita lihat rumah Rasulullah saw.


Published with Blogger-droid v2.0.4

5 perkara Aneh

Halim Islam Online ©: 5 Perkara Aneh


Published with Blogger-droid v2.0.4

Khasiat

Halim Islam Online ©: Ketahui Rahsia Dan Khasiat Ayat- Ayat dalam Al Quran


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bangun dari tidur

TAZKIRAH: Amalan Bangun Tidur


Published with Blogger-droid v2.0.4

Cinta Suami Dan Redha Ilahi | iluvislam.com discover the beauty of islam

Cinta Suami Dan Redha Ilahi | iluvislam.com discover the beauty of islam

Tuesday, March 20, 2012

People...



People generally remember :

·         90%  of what we say & as they do a thing (stimulate, model or experience a lesson, design/perform a presentation – do a real thing… analyze, design, create & evaluate)
·         70% of what they say & write (participate in hands on workshop, design collaborative lessons – do a real thing… sama spt di atas)
·         50% of what they hear and see (attend exhibition/sites, watch a demonstration… demonstrate, apply & practice).
·         30% of what they see (view images, watch videos… demonstrate, apply & practice)
·         20% of what they hear (hear… define, describe, list & explain)
·         10% of what they read (reading.. define, describe, list & explain)

Friday, March 9, 2012

Mohon Petunjuk Jalan Kebenaran



Doa Minta Petunjuk Jalan Kebenaran
اَللهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ ، اَللَّهُمَّ فَقِّهْنَا فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْنَا التَّأْوِيْلَ وَاهْدِناَ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيْمَ صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ وَحَسُنَ أُولئِكَ رَفِيْقًا .
Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Tunjukkanlah kami  sesuatu yang benar (hak)  itu tetap benar(hak) ,  maka kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menuruti dan mengikutinya .
Ya Allah Ya Tuhan kami ,
 Tunjukkanlah kami  sesuatu yang batil (salah)  itu tetap batil (salah) ,  maka kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menghindari dan menjauhinya  .
Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Berikanlah kefahaman yang benar tentang perkara agama , dan ajarkanlah kepada kami ilmu takwil , dan tunjukkanlah kami jalanMu yang lurus , jalan yang telah Engkau kurniakan kepada Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Tuesday, March 6, 2012

10 Pesanan Imam Syafie


Sebelum Imam Syafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam, umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ”Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah dia mengamalkan 10 perkara :  
  • Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  • Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH
  • Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  • Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat) : menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan, dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kepada Ridhzuan (malaikat penjaga syurga): merasa redha kepada qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  • Hak kepada Nabi Muhamad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kepada ALLAH SWT: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Saturday, March 3, 2012

12 Low Cost Ways To Promote Our Business...



   
1.      Start with our contact information

2.      Use every outgoing piece of paper and every electronic document as business promotion

3.      Writing articles on topics related to our business expertise is an excellent business promotion technique

4.      Sending out press releases is another great way to get some free business promotion.

5.      Spend some of our online time on business promotion.

6.      Use buddy marketing to promote our business.

7.      Give out freebies as business promotion.

8.      Promote our business on a talk show.

9.      Promote our business by giving a seminar or presentation.

10. Use our vehicle to promote our business

11. Promote our business through our leisure activities

12. Make our business card visible and useful

Iqra'