Saturday, March 21, 2009

Anugerah



Anak ialah merupakan salah satu di antara anugerah Allah swt kepada hamba-hamba-Nya serta menjadi salah satu punca rezeki dan mendatangkan kenikmatan serta kegembiraan kepada ibu bapa.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”

(Ali-Imran : 14)

Anak juga merupakan harta yang sangat berharga serta turut menjadi bekalan di dunia dan di akhirat apabila anak yang soleh dapat medoakan ibubapanya dan memberikan pertolongan kepada mereka di saat-saat memerlukan.

Maka itu untuk melahirkan tabiat manusia yang baik, maka perlu bagi setiap muslim memperhatikan bagaimanakah mereka mendidik anak-anak serta melihat dan mengawasi tumbesaran anak-anak mereka agar selari dan selaras dengan kehendak Islam.

No comments: