Monday, March 30, 2009

KESIHATAN MENTAL ANAK-ANAK



Membesarkan anak-anak merupakan satu cabaran besar bagi para ibubapa. Bagaimanapun ia juga merupakan satu pengalaman yang mendatangkan kepuasan. Selain keperluan fizikal, anak-anak juga memerlukan kasih sayang, perhatian, rasa selamat dan disiplin untuk perkembangan serta pertumbuhan mental yang sihat.


Keperluan Kesihatan Mental Anak-Anak

Kasih sayang
Kanak-kanak perlu merasa
… ibubapanya kasih, sayang dan gembira berdampingan dengannya
... ada orang di sampingnya yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya.

Penerimaan
Kanak-kanak perlu mempercayai
... bahawa mereka disukai dan sentiasa diterima setiap masa

Keselamatan
Kanak-kanak perlu mengetahui
... bahawa rumah dan sekitarnya ialah tempat yang selamat dan selesa baginya.
... bahawa ibubapanya sentiasa bersedia membantu apabila mereka dalam kesusahan.

Perlindungan
Kanak-kanak perlu merasa
... bahawa ibubapa sentiasa memeliharanya dari bahaya dan keadaan menakutkan.

Kebebasan
Kanak-kanak perlu mengetahui
... bahawa ibubapanya sentiasa menggalakkan dia mencuba perkara-perkara baru
... bahawa mereka mempunyai keyakinan diri sendiri dan sentiasa digalakkan perkara-perkara baru

Kepercayaan
Kanak-kanak perlu mempunyai
... teladan tentang nilai moral yang boleh dipelajari seperti budi pekerti yang baik, jujur, pemurah dan adil

Bimbingan
Kanak-kanak memerlukan
... tunjuk ajar untuk belajar dan cara berinteraksi dengan orang lain dan persekitarannya

Disiplin
Kanak-kanak memerlukan
... panduan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan
... disiplin yang konsisten dan tidak kasar



Tanda anak-anak mempunyai masalah emosi

o Perubahan mendadak pada tingkah laku seperti cepat marah dan kasar
o Mengasingkan diri dari keluarga dan kawan-kawan
o Hilang minat dalam aktiviti berkumpulan
o Perubahan ketara pada selera makan, berat badan dan tidur.
o Mempunyai banyak aduan fizikal
o Pencapaian akademik yang merosot dengan ketara dan mendadak
o Tidak berminat serta sering ponteng sekolah
o Degil, suka berbohong, mencuri dan merosakkan harta benda awam


Jika kanak-kanak mengalami tanda-tanda ini, mungkin mereka mengalami masalah emosi dan memerlukan bantuan profesional.


sumber :
Bahagian Pendidikan Kesihatan

No comments: