Tuesday, March 31, 2009

Nota semasa ceramah Dr. Norhisyam Mustafa (pakar fizik)



1. Didik anak supaya ada jiwa, kerana jiwa yang belajar

2. Tulang yang menyimpan banyak memori, Untuk tulang, perlu kalsium dan magnesium, fosforus dan potassium. Keempat2 unsur ini hanya ada bersekali dalam batu karang.

3. Kurangkan protein, kerana protein yang berlebihan akan menjadi toksid yang merosakkan tubuh dan hati. Banyakkan kabohidrat dan potassium. Contoh, banyakkan makan kurma.

4. Makan kismis mesti kena ikut dos-dos (bilangan yang ditetapkan)

5. Yang belajar ialah deria, yang mengingat ialah hati. (dalam al-quran tak sebut pasal otak).<<<< ???? (any comments)

6. Madu sebelum tidur untuk singkir nutrien & Garam and air kosong selepas bangun tidur.

7. Untuk tubuh kuat, tidur pukul 8.30 12.00. Bangun sekejap. Tidur pulak sekitar pukul 4.00 hingga Subuh. Contoh; orang lentur besi/keris pada masa bulan penuh. Hertz (gelombang bunyi pada masa bulan penuh adalah rendah)

8. Jangan makan lemak, daging merah, junkfood, sosej & nugget. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan (yang tak guna baja kimia). Contoh; kangkung & pucuk paku.

9. Untuk mandi, terutamanya mandi pagi guna air sejuk (dapat pecahkan dan singkirkan atom-atom berat, untuk stabilkan emosi). Juga untuk kuatkan tulang kuat memori.

10. Air embun ok.

11. Masa marah mandikan air sejuk (contoh air sungai mengalir, air terjun pecahkan atom-atom)

12. Untuk memori yang baik, tulang mesti kuat.

13. Kalsium mesti diambik dengan magnesium; at least.

14. Marah-marah kerana kurang oksigen sebab kurang air.

15. Elakkan Nescafe & Cola ;

- Nescafe banyak unsur racun, nutrien yang membentuk toksid.

- Cola ada unsur / atom yang tak dapat dineutralkan oleh air.

16. Bubuh garam dalam masakan selepas makanan masak, supaya tak cepat basi dan tak cepat jadi toksid dalam badan.

17. Kobis banyak zat besi tapi terlalu berat atomnya. Mudah dan cepat basi dalam tubuh.

18. Garam untuk bakar nutrien dalam badan. Madu untuk kurangkan hertz dan singkir nutrien.

19. Awas. Jaga makanan dan pemakanan supaya tak jadi racun pada hati dan otak.

20. Atom air 1:1. Tapi atom yang berat, rosakkan hati.

21. Madu elak asid (semasa tidur). Garam untuk tingkatkan oksigen tubuh.

22. Makanan jaga hati supaya tak hitam.

23. Kurma vs Pisang

- pisang banyak sangat protein. 1 biji sehari dah cukup. Atlit tak apa lah.

24. Persiapkan anak-anak untuk zaman mereka esok-esok.

TAUN MERBAHAYA

Apakah penyakit taun?

- sejenis penyakit cirit-birit yang mudah berjangkit dan sangat merbahaya.

- Penyakit saluran penghadaman yang disebabkan oleh sejenis kuman yang halus


Tanda-tanda dan gejala penyakit taun

1. Cirit birit yang datang dengan tiba-tiba dan berterusan. Pada mulanya, cirit-birit ini mengandungi najis yang lembik, kemudian menjadi cair dan berwarna putih seperti air beras.

2. Otot-otos menjadi tegang dan kejang kerap tejadi.

3. Kulit badan menjadi kering dan pesakit selalu dahaga, lidah menjadi kering dan pesakit selalu dahaga, lidah menjadi kering dan mata menjadi cengkung, akibat banyak cecair yang hilang dari tubuh.

4. Muntah-muntah yang berterusan

5. Terdapat juga tanda-tanda kejutan seperti tekanan darah yang rendah, denyutan jantung menjadi lemah dan perlahan, dan kulit menjadi sejuk serta menggelembir.

6. Pesakit mungkin juga tidak dapat kencing kerana kekurangan air.


Apakah yang mesti dilakukan jika terdapat tanda-tanda tersebut?

Segera pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan

Sebelum pergi ke klinik/hospital, minumlah air sebanyak yang boleh untuk mengelakkan kekeringan.


Apakah akibat jika lewat mendapat rawatan?

Pesakit taun yang lewat mendapat rawatan mungkin meninggal dunia dalam beberaja jam sahaja, disebabkan terlalu banyak cecair dalam tubuh hilang akibat cirit-birit dan muntah yang berterusan dan tidak terkawal.


Di manakah terdapat kuman taun?

Kuman taun terdapat dalam najis dan muntah pesakit dan juga najis pembawa kuman taun.


Siapakah pembawa kuman taun?

- orang yang mempunyai kuman taun di dalam saluran penghadaman mereka, tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda dan gejala penyakit taun

- mereka sukar dikesan

- sentiasa mengeluarkan kuman taun melalui najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.


Bagaimana penyakit taun merebak?

Penyakit taun berjangkit melalui minuman dan makanan yang telah dicemar oleh najis dan muntah pesakit atau pembawa kuman taun. Kuman taun boleh mencemarkan bekalan air minum jika tidak menggunakan tandas yang sempurna.

Kuman taun dibawa oleh lalat yang hinggap di atas najis dan seterusnya hinggap di atas makanan yang terdedah.

Penyakit taun boleh berjangkit melalui tangan yang terjena najis taua muntah pesakit atau pembawa kuman, jika tidak dibasuh sebelum makan atau semasa menyediakan makanan.


Penyakit taun boleh dicegah jika kita mengamalkan.....

1. Minum air yang telah dimasak

2. Makan makanan yang baru dimasak dan masih panas

3. Menggunakan air yang berish untuk mencuci sayuran, buahan (khasnya yang dimakan mentah) dan alat-alat seperti sudu, garfu, pinggan-mangkuk, periuk belanga dan sebagainya.

4. Tudung semua makanan supaya tidak dihinggap lalat

5. Basuh tangan dengan sabun sebelum menyedia, menghidang dan memakan makanan serta selepas menggunakan tandas.

6. Utamkan kebersihan makanan. Makanlah digerai atau restoran yang bersih.

7. Gunakan tandas yang sempurna.


Rujukan – Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Monday, March 30, 2009

Asma ul Husna

KESIHATAN MENTAL ANAK-ANAK



Membesarkan anak-anak merupakan satu cabaran besar bagi para ibubapa. Bagaimanapun ia juga merupakan satu pengalaman yang mendatangkan kepuasan. Selain keperluan fizikal, anak-anak juga memerlukan kasih sayang, perhatian, rasa selamat dan disiplin untuk perkembangan serta pertumbuhan mental yang sihat.


Keperluan Kesihatan Mental Anak-Anak

Kasih sayang
Kanak-kanak perlu merasa
… ibubapanya kasih, sayang dan gembira berdampingan dengannya
... ada orang di sampingnya yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya.

Penerimaan
Kanak-kanak perlu mempercayai
... bahawa mereka disukai dan sentiasa diterima setiap masa

Keselamatan
Kanak-kanak perlu mengetahui
... bahawa rumah dan sekitarnya ialah tempat yang selamat dan selesa baginya.
... bahawa ibubapanya sentiasa bersedia membantu apabila mereka dalam kesusahan.

Perlindungan
Kanak-kanak perlu merasa
... bahawa ibubapa sentiasa memeliharanya dari bahaya dan keadaan menakutkan.

Kebebasan
Kanak-kanak perlu mengetahui
... bahawa ibubapanya sentiasa menggalakkan dia mencuba perkara-perkara baru
... bahawa mereka mempunyai keyakinan diri sendiri dan sentiasa digalakkan perkara-perkara baru

Kepercayaan
Kanak-kanak perlu mempunyai
... teladan tentang nilai moral yang boleh dipelajari seperti budi pekerti yang baik, jujur, pemurah dan adil

Bimbingan
Kanak-kanak memerlukan
... tunjuk ajar untuk belajar dan cara berinteraksi dengan orang lain dan persekitarannya

Disiplin
Kanak-kanak memerlukan
... panduan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan
... disiplin yang konsisten dan tidak kasar



Tanda anak-anak mempunyai masalah emosi

o Perubahan mendadak pada tingkah laku seperti cepat marah dan kasar
o Mengasingkan diri dari keluarga dan kawan-kawan
o Hilang minat dalam aktiviti berkumpulan
o Perubahan ketara pada selera makan, berat badan dan tidur.
o Mempunyai banyak aduan fizikal
o Pencapaian akademik yang merosot dengan ketara dan mendadak
o Tidak berminat serta sering ponteng sekolah
o Degil, suka berbohong, mencuri dan merosakkan harta benda awam


Jika kanak-kanak mengalami tanda-tanda ini, mungkin mereka mengalami masalah emosi dan memerlukan bantuan profesional.


sumber :
Bahagian Pendidikan Kesihatan

Saturday, March 28, 2009

21 NASIHAT UNTUK DIRENUNGKAN (SEPERTI KIRIMAN SEORANG TEMAN YANG MANIS DAN LAWA)



1. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan. Lakukanlah dengan penuh kerelaan.

2. Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

3. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu



4. Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

5. Apabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

6. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum diijabkabulkan..



7. Percayailah cinta pandang pertama.

8. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

9. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan sepenuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda terseksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

10.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

11.Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.



12.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

13.Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

14.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

15.Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.



16.Apabila anda kerugian, janganlah mengeluh atau menjadi kurang ajar.

17.Berpeganglah kepada tiga

i. Rasa hormat pada diri sendiri;
ii. Rasa hormat kepada orang lain;
iii. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

18. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.



19. Apabila menyedari bahawa kita telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk memperbetulkan kesalahan itu.

20. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

21. Ada ketikanya kita perlu bersendirian.

Friday, March 27, 2009

Competition is a battle...



Competition is the battle between businesses to win consumer acceptance and loyalty.

The free-enterprise system ensures that businesses make decisions about what to produce, how to produce it, and what price to charge for the product or service. Competition is a basic premise of the free-enterprise system because it is believed that having more than one business competing for the same consumers will cause the products and/or services to be provided at a better quality and a lower cost than if there were no competitors. In other words, competition should provide the consumers with the best value for their hard-earned dollar.



To be successful in today's very competitive business world, it is important for businesses to be aware of what their competitors are doing and to find a way to compete by matching or improving on the competitors' product or service.

For example, if Pepsi-Cola offers a new affeine-free soda, Coca-Cola may offer a new affeine-free soda with only one calorie. By offering an improvement on the competitor's product, Coca-Cola is trying to convince soft-drink consumers to buy the new coke product because it is an improvement on Pepsi's product.

While being aware of the competition and making a countermove is important, it is also very important to pay attention to changing consumer wants, needs, and values and to make the needed changes before the competition does. Doing research and development and being the first to provide a new product or service can give a company a competitive advantage in the marketplace. Once consumers purchase a product or service and are satisfied with it, they will typically purchase the same product again. Having a competitive advantage means that a company does something better than the competition. Having a competitive advantage might mean inventing a new product; providing the best quality, the lowest prices, or the best customer service; or having cutting-edge technology.



To determine an area where a company might have a competitive advantage, a SWOT analysis is often done to identify the company's internal Strengths and Weaknesses and the external Opportunities and Threats. A SWOT analysis lets the company know in which area(s) it has a competitive advantage so it can concentrate on those areas in the production and marketing of its product(s) or service(s).

In addition to staying on top of changing consumer preferences, companies must constantly be looking for ways to cut costs and increase productivity. Companies must provide consumers with the best-quality product at the lowest cost while still making a profit if they are to be successful competitors in the long run. One way to remain competitive is through the use of technology. Technology can help speed up production processes through the use of robots or production lines, move information more accurately and more quickly through the use of computer systems, and assist in research and development proceedings.

Global competition has made gaining consumer acceptance an even tougher challenge for most businesses. In order to compete, businesses (management) must find other ways to win consumers. One way for businesses to accomplish this is through competitive differentiation. Competitive differentiation occurs when a firm somehow differentiates its product or service from that of competitors.



Competitive differentiation may be an actual difference, such as a longer warranty or a lower price, but often the difference is only perceived.

Difference in perception is usually accomplished through advertising, the purpose of which is to convince consumers that one company's product is different from another company's product. Common ways to differentiate a product or service include advertising a better-quality product, better service, better taste, or just a better image.

Thursday, March 26, 2009

Rahsia Zikir



RAHSIA DI SEBALIK ZIKIR
1. Mendapat rahmat ALLAH SWT
2. Melahirkan budi pekerja yang luhur
3. Mendekatkan diri kepada ALLAH SWT
4. Mententeramkan jiwa
5. Beroleh harapan keampunan
6. Melepaskan diri daripada bahaya


HIDUP ORANG ISLAM
1. Mencintai para fakir miskin dan orang yang lemah
2. Tidak melihat kepada kemewahan semata-mata
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim
4. Tidak berbicara perkara yang tiada manfaat
5. Menyatakan kebenaran walaupun pahit
6. Tidak takut atau gentar akan makian dan cacian orang

Wednesday, March 25, 2009

Cinta



1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. Pandailah merawatnya supaya cinta pertama tetap segar. First love never dies. Namun yang pertama belum tentu yang terbaik, seringkali yang terakhir biasanya yang terbaik.

2. CINTA PEMBIMBING
Biasanya dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada wanita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya, pasangan yang juga menjadi guru, seorang yang boleh dijadikan idola, dan dapat memberi inspirasi mengembangkan bakat dan potensi diri wanita.

3. CINTA MENGGODA
Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya. Walaupun telah ditinggalkan pergi, di hati sentiasa yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Ibarat antara dua darjat. Sepatutnya tidak menjadi masalah jika kedua-dua pihak aman dan bahagia. Namun, perbezaan yang terlalu jauh kadangkala boleh membuatkan salah satu pihak merana apabila ikatan emosi di antara kedua-duanya kurang kuat.

5. CINTA BERSEGI-SEGI
Tertarik kepada lelaki yang sudah terikat atau sebaliknya. Dalam hal ini, keterikatan itu bakal menimbulkan cabaran dan dugaan.

6. CINTA SI PENYELAMAT
Kisah cinta ini berlaku apabila kita selalu menolong si dia pada setiap waktu. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula mengharapkan balasannya. Sentiasalah berikan cinta yang tulus kepada si dia.

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha juga.


Yang pasti cinta yang Agung itulah yang kekal abadi.
Kasih manusia sering bermusim.
Sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi.
Sayang Tuhan janjiNya pasti.

Tujuh Amalan



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya..

Kedua : Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam : Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Tuesday, March 24, 2009

Sebelum Tidur



Rasulullah saw berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : Sebelum khatam Al Qur'an, Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, Sebelum para muslim meredai kamu, dan Sebelum kau laksanakan haji dan umrah."

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah saw tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah salawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredai kamu. Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Antara Bahagia dan Sengsara



Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara solat lima waktu.
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya


Tanda-tanda Sengsara

1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelazatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Mengambil mudah solat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk perilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati
12. Gila pangkat dan irihati terhadap orang lain

Sunday, March 22, 2009

Pesanan Seorang Bekas Pendidik (Hasil kajian beliau pada pelajar-pelajar beliau yang cemerlang)



APA IBU BAPA PATUT BUAT?

1. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF
- Ruang belajar
- Ventilasi dan cahaya
- Buku-buku bacaan
- Meja dan kerusi

2. MENGHORMATI ANAK-ANAK KETIKA MEREKA MENTELAAH PELAJARAN
- jangan buka radio atau tv dengan kuat
- jangan marahi atau leteri anak-anak

3. MEMPERTINGKATKAN ILMU IBUBAPA
- bacaan, seminar keibubapaan & perbincangan dengan orang-orang yang berjaya

4. BERI CUKUP MASA PADA ANAK-ANAK / PANDAI MEMBAHAGIKAN MASA
- Masa belajar / Masa bermain
- Rehat / Santai
- Tidur yang cukup
- Makan & kebersihan diri

5. SENTIASA MEMPAMERKAN WAJAH CERIA, SENYUM DAN IBU BAPA JANGAN BERTENGKAR DI HADAPAN
ANAK-ANAK



6. MAKANAN YANG SEIMBANG UNTUK KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL

7. SENTIASA MEMBERI GALAKAN, NASIHAT DAN CONTOH-CONTOH UNTUK DIIKUTI
- Menjaga emosi anak-anak

8. TEGAS, TEKAL PADA ARAHAN BELAJAR DLL



9. MENERAPKAN NILAI-NILAI KEROHANIAN DAN MORAL
- Doa-doa
- Amalan-amalan
- Kepatuhan
- Kepentingan ilmu

10. PENDEKATAN ALTERNATIF
- Belajar berkumpulan
- Bawa anak-anak ke tempat yang sunyi dan nyaman
- Berbincang dengan guru anak-anak



BAGAIMANA MEMBANTU ANAK-ANAK BELAJAR DI RUMAH?

1. Ibu bapa sentiasa mengutamakan kepentingan pelajaran anak-anak berbanding perkara
lain

2. Mengetahui/kenal pasti kekuatan dan kelemahan anak-anak

3. Tidak membandingkan anak-anak dengan anak-anak yang lain atau anak-anak orang lain

4. Sentiasa sabar dalam membimbing anak-anak

5. Meluangkan masa untuk anak-anak

6. Rajin memberi tunjuk ajar

7. Sentiasa memberi peluang pada anak-anak

8. Tidak putus asa

9. Sentiasa menghargai anak-anak. Tidak memandang rendah pada anak-anak

10. Bersyukur dengan apa yang ada, dan cuba cari jalan peningkatan diri

11. Menjadi contoh/role model yang baik

12. Mendoakan anak-anak



LANGKAH IRINGAN

1. Duduk bersama anak ketika anak belajar

2. Beri makanan tambahan seperti buah-buahan dan sedikit manisan

3. Tidak tidur sebelum anak tidur

4. Pastikan semua kerja sekolah anak-anak diselesaikan oleh mereka

5. Usap anak ketika waktu rehat, menyatakan sayang kepada anak-anak

6. Cungkil bakat anak-anak dengan bertanyakan cita-citanya dan beri perangsang

7. Kalau kita tidak ada keupayaan untuk mengajar tetapi ada kelebihan wang, hantarkan
anak-anak kepada orang yang boleh mengajar

8. Sekali-sekala benarkan anak-anak pergi ke kem motivasi

Saturday, March 21, 2009

Anugerah



Anak ialah merupakan salah satu di antara anugerah Allah swt kepada hamba-hamba-Nya serta menjadi salah satu punca rezeki dan mendatangkan kenikmatan serta kegembiraan kepada ibu bapa.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”

(Ali-Imran : 14)

Anak juga merupakan harta yang sangat berharga serta turut menjadi bekalan di dunia dan di akhirat apabila anak yang soleh dapat medoakan ibubapanya dan memberikan pertolongan kepada mereka di saat-saat memerlukan.

Maka itu untuk melahirkan tabiat manusia yang baik, maka perlu bagi setiap muslim memperhatikan bagaimanakah mereka mendidik anak-anak serta melihat dan mengawasi tumbesaran anak-anak mereka agar selari dan selaras dengan kehendak Islam.

Friday, March 20, 2009

Amanah ALLAH...



Anak-anak adalah amanah ALLAH kepada kita.
Jangan persiakan anak-anak dari segi fizikal dan mental.
Mendera anak-anak ibarat tidak menghargai pemberian ALLAH.
Semua manusia mempunyai kelebihan masing-masing, hanya kita yang tidak nampak kerana kita tidak tahu atau tidak mahu menghargainya.

Tiada sesiapa pun yang nak jadi bodoh.

Kebodohan manusia kerana :-
• Malas belajar
• Malu belajar
• Tidak berkesempatan untuk belajar
• Tidak diberi peluang secukupnya untuk belajar
• Banyak bermain daripada belajar
• Jemu belajar
• Tidak diberi tunjuk ajar
• Disuruh anak-anak berhenti belajar

Di mana kategori anak-anak kita?

Hanya kita sahaja yang mengetahuinya dan berusahalah mengatasinya melalui...

• Bertanya untuk belajar
• Berterusan belajar
• Merebut peluang belajar
• Mempertingkat mutu belajar
• Sentiasa ditunjuk ajar
• Tidak jemu belajar
• Bermain tanpa lupa belajar
• Jangan berhenti belajar

Solat Menyembuhkan Penyakit



HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.



Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. “Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat.

Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.


Diolah daripada Artikel dari Berita Harian Online oleh Zauddin Sharuddin di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20081019084321/Article/index_html

Thursday, March 19, 2009

Ketua Keluarga Pemimpin Umat




1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah saw menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isteri. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyingsing lengan baju untuk membantu isteri di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3. Jika mendengar azan, Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang." Pernah Baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah Baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihat, tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi saw bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan'). Sayidatina Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah saw lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.



4. Sebaliknya Baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi saw. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Baginda pernah bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya Baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.




5. Pada suatu ketika Baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar r.a yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah saw mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut Baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu Baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

6. Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. H

7. Baginda hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di leher baginda. Dan dengan penuh rasa kehambaan Baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaan yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah Baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab Baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Kami Sujud Akan KeAgunganMU

JM berasa amat syahdu menatap berulang kali gambar-gambar di emel, kiriman seorang teman di seberang laut.

Untuk tatapan pengunjung blog, JM kongsikan gambar-gambar berkenaan.

Bukan keselesaan yang difikirkan.
Yang utama ialah menunaikan kewajiban.
Bagaimana kita...?

























SOLAT - SATU KAJIAN SAINTIFIK



KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.



Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini.

Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.



Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya. Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.


Diolah daripada "Terapi Solat", Ziauddin Sharuddin, Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20081019085358/Article

Apabila seorang bayi dilahirkan...



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.

Dia bertanya kepada Tuhan :
"Para malaikat di sini mengatakan bahawa saya akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah?"

Dan Tuhan menjawab:
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi:
"Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu"

Di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta yang tiada galang ganti, dunia akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini di kala kamu berasa hilang sabar dengan kerenah anak-anak yang sedang membesar.

Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Wednesday, March 18, 2009

Saya belajar bila terasa nak belajar...



“Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa.”
- Nik Nur Madihah (20A - SPM 2008)

Bahan Kimia Bahaya Dalam Kosmetik



Kesedaran amat penting bagi kaum hawa khususnya, dan kaum adam amnya.
Setiap wanita perlu tahu tahap keselamatan setiap produk yang mereka gunakan kerana di situ terletaknya pengawalan kepada penyakit kulit yang merbahaya yang melanda dewasa ini.

Disenaraikan bahan kimia yang sangat berbahaya, untuk dijadikan iktibar terutama kepada golongan wanita:



Hydroquinon
• 1-5 gm boleh menyebabkan kematian bila termakan.
• Mendatangkan kanser pundi kencing, kerosakan hati dan buah pinggang.
• Allergi pada kulit
• Berdengung dalam telinga
• Boleh menyebabkan mutasi pada kulit- merbahaya pada janin
• Mata menjadi kabur.

Tawas (Alum)
• Menyebabkan kehitaman pada muka dan ketiak, Menyebabkan jerawat.
• Boleh menyebabkan radang gusi dan pendarahan dalam perut (”Food and drug administration) 1992 dalam laporannya mengatakan bahan ini tidak selamat.
• Apabila termakan 1 ounce boleh manyebabkan kematian.
• Boleh merosakkan buah pinggang.

Alpha Hyroxy Acid (AHA)
(Glycolic acid, Citric acid, Malic acid, Fruit acid (ekstrak buah), Orange acid, Sugar cane (Ekstra Tebu)

• AHA boleh menyebabkan kerosakan kulit apabila kulit terdedah kepada matahari dan panas dan dalam jangkamasa lama menjadi kanser kulit. Kulit terasa pedih ketika terkena matahari.
• Jika menggunakan produk yang mengandungi bahan ini, anda dinasihatkan berhenti penggunaan jika kulit terasa pedih, merah dan radang. Sesuatu bahan kosmetik tidak sepatutnya membuatkan kulit terasa pedih, menggelupas dan perit serta radang.
• Membuang kulit luar melalui penggelupasan menyebabkan kulit yang tinggal didedahkan kepada kuman, kekotoran dan pencemaran dari alam persekitaran yang merosakkan kulit. Penggunaan AHA boleh menyebabkan seseorang pengguna mengalami penuaan dengan lebih cepat. Anda mungkin kelihatan muda sekarang, tapi tidak lama dan mungkin anda akan mengalaminya selepas beberapa ketika panggunaannya.

Merkuri
• Menyebabkan kehitaman dibawah dagu dan dahi
• Timbul ruam-ruam atau bintik-bintik seperti biji nasi.
• Logam berat yang beracun.

Retinol @ Retina
• Racun yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia.
• Banyak digunakan dalam produk kecantikan untuk melambatkan proses penuaan.
• Bintik-bintik dan menggelupas.



Rujukan:
• American Medical Accosiation, Committee on Cutaneous Health & Cosmetic 1971
• Cosmetic ingredients review
• Dictionary of cosmetic ingredients
• Cutaneous reaction to Cosmetic-American Medical Association