Saturday, December 6, 2008

TIPS JIMATKAN ELEKTRIK

Ketika mengemas terjumpa beberapa majalah & makalah yang pernah disimpan. Perhatian tertumpu pada penerbitan sebuah persatuan pengguna. Di kala ramai yang terpaksa adjust bajet bulanan, elok dicuba dan amal beberapa tips praktikal ini...

Cubalah panduan ini ketika memilih, membeli atau menggunakan peralatan elektrik di rumah kita:-

1. Pendingin hawa (air conditioner) biasa menggunakan 25% - 35% daripada tenaga elektrik. Pilih pendingin hawa dengan kuasa yang bersesuaian dengan saiz bilik. Elakkan pemampat pendingin hawa terdedah kepada cahaya matahari.

2. Periksa penapis pendingin hawa sebulan sekali. Penyelenggaraan secara regular dapat meningkatkan prestasi pendingin hawa.

3. Tanam pokok yang memberikan teduh dan buka tingkap untuk aliran udara dapat mengurangkan penggunaan pendingin hawa.

4. Pilih lampu yang bersesuaian. Letakkan lampu di sudut bilik kerana ini lebih berkesan kerana ia bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.

5. Lampu kalimantang adalah 4 kali ganda lebih cerah daripada mentol bulat, walaupun menggunakan watt yang sama, dan tahan 8 kali ganda lebih lama.

6. Lap mentol yang kotor untuk mendapatkan kecerahan maksimum.

7. Seterika adalah alat paling banyak menggunakan elektrik. Urus masa dengan bijak apabila menggunakan seterika.

8. Peti sejuk menggunakan 21% daripada bekalan tenaga elektrik rumah. Beli peti sejuk berdasarkan keperluan keluarga. Lebih besar peti sejuk lebih besar perbelanjaan untuk bil elektrik.

9. Elakkan meletak makanan panas ke dalam peti sejuk. Biarkan makanan sejuk sebelum diletak dalam peti sejuk.

10. Keluarkan bekas pembungkus yang tidak diperlukan sebelum makanan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Ini dapat menjimatkan ruang dan tenaga elektrik.

11. Bersihkan kipas dan pastikan minyak pelincir mencukupi untuk melanjutkan tempoh kipas itu boleh berfungsi.

12. PALING PENTING - Tutup kesemua peralatan elektrik yang tidak digunakan untuk mengelakkan pembaziran elektrik.


Sumber : Buletin Pengguna, Jun 2007


Semoga bermanfaat.

No comments: