Yang dapat kupelajari dari kisah Bahtera Nabi Nuh A.S :-
- Jangan sekali-kali ketinggalan kapal ;
- Sentiasa ingat yang kita semua dalam bahtera yang sama ;
- Sentiasa merancang ke hadapan. Bukankah Bahtera Nabi Nuh itu dibina sebelum musim hujan lagi? ;
- Kekal sihat... kita mungkin perlu melaksanakan satu tugasan besar ketika di usia 60 tahun ;
- Ketepikan kritikan tidak membina... kita mesti meneruskan urusan yang perlu disiapkan ;
- Tegakkan asas masa depan di dataran yang tinggi ;
- Demi keselamatan bergeraklah secara berpasukan ;
- Bukan semua kepantasan itu menjadi kelebihan. Dalam Bahtera Nabi Nuh A.S, semuanya sekapal ;
- Jika tertekan dirundung masalah, lupakan masalah seketika. Tenangkan fikiran ;
- Bahtera itu dibina oleh para amatur sahaja, sedangkan Titanic yang digahkan dibina oleh para pakar ;
- Tidak kira betapa kuat badai yang melanda, jika kita tidak pernah melupakan ALLAH... pasti kebahagiaan menanti di hadapan, InsyaALLAH...
No comments:
Post a Comment