Sunday, December 21, 2008

Di Sebalik Gagah dan Cantik



Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan kerana ditinggal-tinggalkan

4) Perempuan yang tidak mendesak dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh IMAN. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna seorang perempuan.



Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan pada ALLAH SWT

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan berlapang dada

5) Lelaki yang sentiasa baik sangka

6) Lelaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas KEMULIAAN HATI. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

No comments: