Saturday, December 6, 2008

TAKLIM (2)













Adab Taklim


a) Hendaklah mengambil wudhuk terlebih dahulu
b) Jangan duduk bersandar
c) Jangan meninggalkan majlis kerana desakan tabiat (contohnya; buang air kecil, merokok dll)
d) Jangan berbisik-bisik atau berbual-bual semasa taklim sedang dilaksanakan.
e) Tutup aurat.
f) Untuk orang lelaki, pakailah wangian.
g) Dengar dengan penuh tumpuan.
h) Niat untuk amalkan
i) Jika mendengar nama Nabi SAW disebut hendaklah kita berselawat.
j) Untuk pembaca taklim, semasa taklim dibaca janganlah mengemukakan pendapat sendiri.

Bacalah segala apa yang terkandung di dalam kitab. Tetapi setelah membaca sesuatu hadith, jika hendak menyampaikan sepatah dua kata untuk menggalakkan orang ramai supaya beramal dengannya, itu tidak mengapa.

Perhatian :
Untuk ayat-ayat Al-Quran dan Hadith (yang ditulis dalam italic) eloklah dibaca dua kali untuk mendapatkan kesan yang lebih.

** Hadith-hadith berkaitan solat jemaah adalah ditujukan kepada orang lelaki sahaja kerana orang perempuan lebih afdhal solat di rumah.

Rasulullah SAW bersabda. ”... solatmu di rumahmu lebih baik dari solatmu di mesjidku”

Rasulullah SAW juga bersabda, ”Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh ALLAH SWT ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap di rumahnya.”

** Digalakkan untuk membaca taklim setiap hari di rumah selama 5 – 10 minit. Jika berbuat demikian, InsyaALLAH.... ALLAH akan memberikan kesan yang amat positif, iaitu menimbulkan kecintaan untuk beramal.


Untuk tujuan membuat taklim di rumah, bolehlah dibaca fadhilat-fadhilat dari buku-buku, seperti :-

Fadhilat Solat
Fadhilat Zikir
Fadhilat Al-Quran
Fadhilat Ramadhan
Fadhilat Tabligh
Kisah Para Sahabat

No comments: