Tuesday, December 16, 2008

Spa Q 2? ; Daya Tarikan - Antara Cantik, Langsing dan Sihat

Petang tadi bermula tayangan lanjutan siri Spa Q dulu. Kagum juga melihat semangat dan ketabahan Qistina mengembangkan perniagaan dan operasi Spa Q. Kakaknya juga semakin sibuk sekarang sebagai seorang CEO wanita. Yeah... memang ini cerita mengenai emansipasi wanita. Boleh dikatakan tersirat makna di dalamnya, wanita mampu bergerak maju dan berjaya tanpa sokongan seorang lelaki di sisinya.

Aku kurang tertarik sisi itu. Mungkin kerana agak muak setelah mentelaah kisah-kisah emansipasi wanita sewaktu pengajian dulu. Yang menarik perhatian aku ialah bagaimana seorang wanita yang amat mementingkan penjagaan kecantikan dan tarikan serta sihat dirinya sebagai seorang wanita.

Semasa menonton Spa Q tadi teringat aku kepada perkenalan dengan seorang pakcik beberapa hari lepas. Umurnya sudah menjangkau 65 tahun tetapi masih gagah dan gigih mengusahakan warungnya. Semasa membayar sempat aku bertanya tentang petua-petua kesihatan yang diamalkannya. Antara pesanan-pesanan pakcik itu yang aku ingat adalah:-

1. Mandi pagi sebelum subuh kerana air yang meresap boleh mengelakkan lemak terkumpul dalam badan.

2. Amalkan minum segelas air kosong setiap pagi. InsyaAllah... terhindar daripada penyakit.

3. Mengamalkan sujud bertafakur selepas membaca doa untuk mengelakkan pening-pening kepala ataupun migrain.

4. Tidak mengamalkan makanan laut bercampur dengan makanan darat semasa makan. (Aku pernah terbaca, penemuan ahli sains yang mengatakan ayam mengandungi ion positif manakala ikan pula ion negatif, dan tindakbalas biokimia kedua-duanya boleh mengakibatkan kerosakan pada usus).

5. Mengamalkan menjilat jari selepas makan. (Para pengkaji dalam bidang sains pernah menyelidiki sunah ini dan mendapati 10 kali ganda enzim di celahan jari yang menggalakkan penghadaman makanan).

6. Meminum secawan teh o setiap pagi untuk mengawal berat badan.

Mudahan-mudahan petua yang dikongsikan ini bermanfaat. Aku sendiri pun sudah mula mencuba, terutama mandi awal tu. Heheh... bagi yang susah mandi tu... elok benarlah.


No comments: