Saturday, December 6, 2008

TAKLIM (1)

Tujuan dan Kepentingan Taklim

1. Taklim dibaca/didengar supaya kita mendapat nur dari Al-Quran dan Hadith.

- Tiap-tiap ayat ALLAH SWT itu mempunyai nur
- Tiap-tiap hadith Rasulullah SAW itu juga mempunyai nur
- InsyaALLAH dengan kita duduk dalam majlis taklim, kita akan mendapat nur dari Al-Quran dan Hadith

2. Supaya kita tahu nilai/fadhilat amal

- Kita tahu tentang nilai pekerjaan, pelajaran dan kebendaan. Sebab itulah kita berusaha. Sanggup tinggalkan kampung halaman, sanggup berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga. Kerana apa? Kerana kita tahu nilai kerja, duit dan juga pelajaran.
- Jika kita tahu nilai (fazdilat) solat, tahu nilai berzikir, tahu nilai membaca Al-Quran dan
sebagainya; InsyaALLAH akan timbul ghairah untuk kita berusaha bagi mengamalkannya.

3. Hendak menimbulkan kesan di dalam hati tentang kebesaran ALLAH SWT dan Akhirat.

- Cuba bayangkan apabila kita cerita tentang makanan yang lazat, kita terliur. Sebab apa? Sebab ada kesan.
- Cuba kita cerita tentang Amerika dan Russia. Kita tahu tentang kehebatan kedua-dua
buah negara itu walaupun kita tak pernah sampai di sana. Sebab apa? Sebab kita selalu
dengar di radio, televisyen, akhbar dan sebagainya.
- Begitu juga jika kita selalu dengar dan berbincang pasal kebesaran ALLAH SWT, akhirat dan amalan agama. InsyaALLAH hati kita akan terkesan dengan kebesaran ALLAH SWT, akhirat dan agama. Walaupun kita tak pernah melihat ALLAH mahupun akhirat.

4. Supaya mengimbangkan Ilmu dengan Amalan

- Pada zaman sekarang, semua orang tahu bahawa solat itu wajib, arak itu haram dan sebagainya.
- Tetapi masih ramai orang Islam yang meninggalkan solat, dan masih ramai yang minum
arak. Kenapa?
- Kerana ilmu dengan amal tidak seimbang. Dengan mendengar fadhilat-fadhilat amal, Insya ALLAH amalan akan meningkat dan dengan ini ilmu dan amal akan seimbang.

5. Supaya dapat menghidupkan Sunnah Nabi SAW

- Amalan taklim merupakan satu sunnah Nabi SAW.
- Amalan taklim merupakan satu amalan di Mesjid Nabawi.
- Dengan mengadakan majlis taklim, kita dapat menghidupkan sunnah Nabi SAW.

No comments: