Utamakan keperluan anak - anak,
Lindungi anak - anak,
Aku nak jadi pelindung. Lindungi anak-anak dalam apa sahaja aspek hidup - elakkan kemalangan kecil di rumah, tempat duduk khas dalam kereta, mahupun sekeping sijil takaful.
Luang masa bersama anak - anak
Aku nak manfaatkan sepenuhnya cuti hujung minggu bersama anak-anak. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bagi menambah keceriaan dan keseronokan hidup sekeluarga. Apatah lagi jika pada hari bekerja, aku selalu pula pulang lewat.
Bermain dengan anak - anak,
Aku nak belajar mengenai hobi anak-anak supaya ada persamaan. Aku nak luangkan masa terutama pada hujung minggu untuk sama-sama bermain futsal, badminton, boling atau melukis di taman.
Sesekali lakukan tugas ibu,
Sekali-sekala aku nak lakukan tugas-tugas memasak atau mengemas rumah. Di samping membantu isteri, aku dapat juga mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak. Kerja-kerja rumah ini boleh aku lakukan bersama dengan anak-anak. Semoga hubungan aku dengan anak-anak akan bertambah erat hingga ke tua apabila aku banyak juga menukar lampin, berikan susu dan menidurkan anak-anak.
Tunjukkan kasih sayang kepada anak - anak,
Aku nak buang rasa malu untuk mencium, memeluk atau mengusap rambut anak setiap kali pulang ke rumah. Aku nak jadikan hubungan aku dan anak-anak bertambah erat. Semoga anak-anak juga nantinya tidak malu untuk berkongsi masalah atau meluahkan perasaan.
Jadi rakan kepada anak - anak,
Aku nak mempertahankan sifat dominan dan ketegasan seorang bapa, tapi aku nak dekati, kenali dan jalin hubungan paling rapat dengan anak-anak.
Ingat hari penting anak - anak,
Aku nak anak-anak fahami itu sebagai tanda kasih dan ingatan. Semoga anak-anak akan lebih menghargai aku dan ibu mereka.
Sesekali aku nak beri rehat pada isteri. Aku nak buat urut istimewa. Jika si ibu gembira, pasti anak-anak juga akan gembira. Semoga anak-anak juga akan pandai menghargai dan menghormati.
Jaga kesihatan diri,
Aku nak jaga kesihatan kerana kesihatan adalah permulaan pada kehidupan keluarga yang sempurna.
1 comment:
steady lah bro...
Post a Comment