Friday, December 19, 2008
Senyum Itu Networking
Ceria
Berada dengan dengan orang yang periang pasti membuatkan sesiapa pun lupa sejenak pada bebanan masalah yang bersarang di fikiran. Kehadiran orang yang ceria selalu dinanti-nantikan. Pada masa kita senyum juga, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres. Sentiasalah senyum untuk menikmati perasaan ceria.
Ramah
Apabila bertemu dengan orang yang baru dikenali, sesiapa yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk memberikan senyuman atau menyapa.
Sikap ramah mendatangkan kesan positif kerana dapat membuatkan orang yang bersemuka dengan kita berasa diri mereka diterima dan dihargai.
Tidak perlu lagi kita ragu-ragu untuk berinteraksi dengan orang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment