Mozart…
mengubah keseluruhan overtur untuk
opera, Don Giovani, sejam sebelum persembahan perdananya.
Isaac
Asomov (penulis sains) lebih daripada sekali menulis keseluruhan novel sewaktu
hujung minggu. Sama ada composer atau penulis, mencari masa adalah hal
mengumpulkan sumber intelek dan fizikal yang diperlukan untuk menyempurnakan
tugas.
Apa-apa pun matlamat kita, tindakan dan sikap berikut
dapat membantu mencari masa dan menjadi lebih produktif ;
- Paksa diri untuk membuat langkah pertama yang positif, sekarang, ketika kita begitu bermotivasi.
Mencapai matlamat seperti menolak kereta yang mati,
adalah lebih mudah sebaik sahaja kita bergerak.
- Rancang strategi matlamat kita.
Apakah yang kita lakukan terutamanya untuk mencapai
matlamat kita?
Berapa banyakkah waktu yang akan kita berikan kepada diri
kita?
Berapa banyakkah usaha kita tumpukan untuk mencapai
matlamat kita?
- Lakukan apa yang kita terdaya. Capai matlamat secara berperingkat-peringkat.
Lakukan dulu apa yang kita paling tidak suka, dan
momentum kita akan membawa ke arah kejayaan baru.
- Letakkan matlamat kita dalam bentuk konkrit, atau sekurang-kurangnya di atas kertas, di mana ia sentiasa boleh mendorong kita untuk bertindak.
- Buang pergerakan yang membazir.
Jelaskan usaha-usaha yang diperlukan untuk mencapai
matlamat kita, dan kemudian batalkan semua aktiviti yang membazirkan masa.
- Tiru kejayaan.
Amalkan tabiat orang yang mencapai matlamat mereka dengan
konsisten.
Dalam membina kejayaan, MASA adalah perkara paling
berharga yang boleh dihabiskan. Ia akan membawa faedah jika kita menggunakannya
dengan bijak.
No comments:
Post a Comment