Penjualan adalah profesion tertua. Ada banyak teknik
jualan yang bagus, tetapi bagaimana apabila kita berada dalam situasi terpaksa memilih...? Gunakan prinsip beretika untuk mewujudkan
persekitaran penjualan yang pelanggan kita percayai untuk berurusniaga.
Ada beberapa prinsip yang apabila diikuti, lama-kelamaan akan
membantu meletakkan perniagaan kita dalam kedudukan yang lebih baik.
Nilai-nilai di sebalik penjualan
beretika, dan cara-cara menggabungkannya ke dalam perniagaan kita :
- Bersikap Profesional.
Dengan sikap ini, tindakan kita menunjukkan bahawa kita
memikul tanggungjawab terhadap perniagaan, dan kita boleh dipercayai.
- Apa yang saya boleh buat untuk anda?
Penjualan boleh berlaku apabila pembeli mengenali Nilai,
sama ada untuk Menyelesaikan Masalah atau Menambah Nilai. Ketahui apa yang
prospek/pelanggan perlukan sebelum memberi penyelesaian. Hanya selepas itu kita
dapat menunjukkan bagaimana kita mampu memenuhi keperluan mereka.
- Berusaha ke arah situasi Menang-Menang.
Apabila ada tolak ansur, kedua-dua pihak mendapat faedah.
Tiada pihak yang harus rugi.
- Perniagaan Tunai
Tunai adalah asas perniagaan. Mendapatkan bayaran untuk
produk dan khidmat kita bererti kita mengguna keuntungan runcit untuk dijual
secara runcit. Elakkan ketidakcukupan aliran tunai.
No comments:
Post a Comment