Tindakan kita sering dipengaruhi suara yang kita sampaikan ke minda
kita. Set suara-suara positif kepada minda, seperti :
"Saya akan berjaya..."
"Saya
akan menyiapkan kerja
ini dengan sempurna..."
Singkirkan segala bisikan negatif, seperti....
"Saya akan gagal..."
"Saya tidak dapat melakukan kerja ini..."
"Tiada orang akan sukakan hasil
kerja saya..."
Berpandangan optimis dan berfikiran positif dapat memudahkan segala usaha yang kita laksanakan. Sekalipun keadaan sekeliling menyebabkan perasaan
kita tidak bermaya, masukkan gambaran-gambaran positif di minda kita.
Orang yang optimis;
1. Melihat kebaikan di sekelilingnya dalam apa keadaan sekali pun
2. Mempelajari
daripada segala kesusahan yang dilalui, serta menerima dengan hati terbuka, dan berlapang dada.
3. Mencari
penyelesaian masalah, bukan memperbesarkan suatu masalah.
Orang
yang berjaya selalu bercakap tentang matlamat mereka. Mereka bercerita tentang masa depan, bukan
mengungkit masa silam.
Apabila lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif
kerja yang dilakukan kerana kita akan menjadi seperti apa yang kita
selalu fikirkan.
No comments:
Post a Comment