5 peringkat proses kebangkitan ;
- Fokus untuk kawal kesihatan emosi, kesihatan badan, semangat diri dan elak segala kekecewaan yang melanda. Mengambil satu jangkamasa, tetapi jika dapat kawal emosi, tempoh itu dapat disingkatkan.
- Fokus kepada permasalahan yang dihadapi. Peringkat bagi mengatasi permasalahan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu akibat musibah. Kesinambungannya ialah untuk menstabilkan emosi.
- Fokus pada kondisi dalaman diri. Cuba settle down dengan diri sendiri. Berkaitan dengan usaha mengembalikan keyakinan diri dan menerapkan konsep hidup yang positif dalam kehidupan seharian.
- Fokus untuk kembali bangkit (daripada kegagalan yang dihadapi). Pada peringkat ini segala permasalahan telah dikenal pasti dan usaha diaplikasi untuk mengatasinya.
- Tahap keupayaan diri untuk mengubah dari nasib kurang baik kepada yang lebih baik. Contoh, kegagalan dalam perniagaan yg dialami sebagai turning point untuk berjaya.
LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAPLIKASI :
- Cool (Stabilkan emosi. Steady/tenang. Tidak terikut-ikut emosi negatif)
- Kemahiran menyelesaikan masalah. (3 gaya pemikiran - analitikal, kreatif & praktikal)
- Kekal optimis (Setiap tanggapan dalam diri mesti menjurus kepada perkara-perkara positif. Selitkan unsur-unsur sense of humour dalam kehidupan dan perbualan)
- Pecahkan sempadan dalam diri (Hilangkan kelemahan diri dan rasa bersalah dengan lakukan perkara-perkara yang lebih baik. Cara ini dapat meredakan dan elakkan diri daripada terus berada dalam tekanan)
- Atasi situasi mengganggap diri sebagai mangsa keadaan. (Contoh – kes buang kerja, tidak dapat kontrak, dsb.)
- Melihat kembali kualiti yang ada dalam diri secara optimistik. (Nilaikan kerjasama kita dengan orang lain. Nilaikan sendiri kita o.k atau tidak di mata org lain)
- Bangunkan kaedah yang paling unik secara dalaman dan luaran untuk mengatasi kegagalan yang dialami.
- Kenalpasti dan pelajari kegagalan yang lalu. (Jadikan panduan. Belajar daripada kegagalan itu)
- Bentuk dan aplikasikan kemahiran dalam menangani sesuatu secara terbaik untuk diri sendiri dan org lain.
- Tukar rasa nasib yang kurang baik kepada nasib baik.
No comments:
Post a Comment