Pada suatu zaman dahulu kala di sebuah negeri Antah Berantah, hiduplah seorang General (kita gelar dia General Salleh) yang selalu menang dalam setiap pertempuran. Disebabkan itulah, dia diberi gelaran "Si General Penakluk" oleh rakyat jelata.
Suatu ketika, dalam sebuah pertempuran, General Salleh dan pasukannya terpaksa melarikan diri kerana asakan dari pasukan lawan yang berlipatkali- ganda ramainya. Mereka melarikan diri hingga sampai ke pinggir jurang. Pada ketika itu para perajurit General Salleh menjadi putus asa dan ingin menyerah kepada musuh sahaja. General Salleh segera mengambil inisiatif. General Salleh mengumpul seluruh pasukan tenteranya seraya berkata : "Wahai seluruh pasukanku, menang-kalah sudah ditakdirkan oleh dewa-dewa. Kita akan bertanya kepada para dewa, apakah hari ini kita harus kalah atau akan menang. "
Aku akan melambungkan wang emas bertuah ku ini! Jika bahagian gambar yang muncul, kita akan menang. Jika bahagian angka yang muncul, kita akan kalah! Biarlah dewa-dewa yang menentukan!" seru General Salleh sambil melemparkan wang emasnya untuk membuat percaturan.
Ternyata.... . bahagian gambarnya yang muncul! Keadaan ini disambut dengan histerikal oleh pasukan General Salleh.
Mereka bersorak : " Hahaha...... ... dewa-dewa di pihak kita! Kita sudah pasti menang!!!" Dengan semangat membara, bagaikan dirasuk setan mereka kembali menggempur balik pasukan lawan. Akhirnya, mereka benar-benar berhasil menunggang-langgangkan pihak lawan yang berlipat kali ganda banyaknya.
Pada senja selepas kemenangan, seorang perajurit berkata kepada General Salleh; "Kemenangan kita telah ditentukan dari langit, dewa-dewa begitu baik terhadap kita."
General Salleh menyangkal; " Apakah ianya betul? " sambil menghulurkan wang emas bertuahnya kepada perajurit itu. Si perajurit mengambilnya dan memeriksa kedua bahagian wang emas bertuah itu, dan......... ......... . dia hanya boleh termangu ketika mendapati bahawa ternyata kedua bahagiannya adalah gambar.
************ **@@@@@@@ @@@@@@@@@ @@******* ********* ***
Memang dalam hidup ini ada banyak perkara eksternal yang tidak dapat kita ubah; banyak perkara yang terjadi tidak bersesuaian dengan kehendak kita. Namun demikian, pada dasarnya dan pada akhirnya, kita tetap dapat mengubah fikiran atau bahagian internal kita sendiri untuk menjadi bahagia atau tidak.
Jika bahagia atau tidak bahagia ditentukan dengan nasib baik atau nasib buruk, jadi sebenarnya nasib kita tidaklah ditentukan oleh sesiapa, melainkan oleh diri kita sendiri.
Akhir kata; Kebahagiaan Adalah Sebuah Pilihan Proaktif.
No comments:
Post a Comment