Wednesday, April 29, 2009

Tesco ; Pengukuhan Imej dan Jenama

Komunikasi merupakan antara pekara yang diberi tumpuan dalam strategi peruncitan Tesco. Ia bukan sahaja diguna sebagai alat menarik pelangan dan meningkatkan jualan tetapi pada masa yang sama bermatlamat memperkukuhkan jenama Tesco untuk jangka masa panjang. Tesco memahami bahawa jenama yang kukuh akan mempengaruhi proses pembuatan keputusan pelangan, mendorong lawatan dan pembelian berulang dan sekaligus membina kesetiaan pelangan terhadap perniagaan runcitnya. Oleh itu Tesco menggunakan orientasi komunikasi untuk mewujudkan kadar kesedaran jenama yang tinggi, membina perkaitan yang menyenangkan dengan jenamanya dan memperkukuh imej jenamanya secara kosisten.


Kaedah Komunikasi Yang Diguna Tesco

Pemilihan kaedah komunikasi yang tepat dan berkesan sangat dititikberatkan oleh Tesco. Kegagalan berbuat demikian akan mewujudkan pembaziran sumber sekaligus memberi kesan terhadap perniagaan Tesco. Dalam pasaran peruncitan “fast moving consumer goods” (FMCG) yang penuh dengan persaingan, faktor kos dan harga merupakan suatu yang sangat sensetif. Hal ini kerana sebarang peningkatan terhadap kos akan mengurangkan margin keuntungan Tesco manakala peningkatan harga barangan akan menyebabkan pelangan beralih kepada peruncit lain. Kebanyakan kaedah komunikasi yang dilaksanakan Tesco melibatkan kos kepada syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu Tesco sedaya upaya cuba memaksimumkan utiliti kaedah-kaedah komunikasinya untuk memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan berbaloi dengan pulangan pendapatan atas pembelian pelangan. Dalam pemilihan kaedah- kaedah komunikasinya antara perkara yang diambilkira oleh Tesco ialah kawalan, fleksibiliti, liputan, kredibiliti dan kos. Bahagian seterusnya akan menerangkan kaedah-kaedah komunikasi yang diguna Tesco.


Pengiklanan

Merupakan antara kaedah utama yang digunakan Tesco. Pengiklanan yang dilakukan Tesco biasanya menggunakan media massa seperti surat khabar, televisyen, radio, mel langsung dan internet. Berikut adalah penerangan berkenaan penggunaan media tersebut;


· Surat Khabar

Merupakan antara medium paling utama pengiklanan Tesco. Pengiklanan melalui surat khabar dilakukan mengikut kekerapan 4-5 kali seminggu dalam akbar-akbar utama negara seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, The Star, NSTP dan sebahagian akbar bahasa cina dan tamil. Iklan dibuat pada beberapa muka surat yang biasanya tidak melebihi 4 muka bagi satu akbar. Iklan yang dicetak biasanya dalam bentuk katalog ringkas yang menyenaraikan gambar beberapa barangan tertentu mengikut tawaran harga promosi tertentu. Adakalanya harga tersebut dibandingkan dengan harga ditawar pesaing.


· Televisyen

Tesco turut mengiklankan produk rangkaian runcitnya di saluran televisyen utama negara seperti TV3. Oleh kerana kos pengiklanan di televisyen agak tinggi Tesco cuba memastikan iklannya tepat ke sasaran. Iklan Tesco sering keudara semasa slot rancangan untuk keluarga dan wanita. Tesco memahami bahawa dalam pembelian barangan runcit, wanita atau isteri merupakan orang yang banyak mempengaruhi keputusan pembelian, oleh itu ia cuba menyasarkan iklannya kepada golongan ini. Iklan Tesco biasanya memaparkan barangan utama yang mendapat permintaan pelangan seperti barangan pasar segar Tesco, jenama Tesco Value dan Tesco Choise. Iklan tv akan diperhebat semasa musin perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali bagi memaklumkan promosi yang dijalankan.


· Radio

Tesco turut menggunakan radio untuk membuat pengiklanan, namun kekerapannya lebih rendah berbanding media lain. Iklan di radio hanya dilakukan untuk promosi tertentu seperti semasa musin perayaan. Iklan ini dijalankan di stesen radio popular seperti Era Fm dan Hot Fm. Iklan radio ini biasanya tidak tertumpu pada barangan spesifik tetapi lebih kepada menghebahkan aktiviti promosi yang dijalankan Tesco dari masa ke masa.


· Mel langsung

Tesco menggnakan media mel-langsung untuk menghantar risalah promosi dan katalog ringkas barangan runcit utamanya kepada pelangan. Penggunaan Clubcard Tesco membolehkan Tesco menyasarkan iklan promosi kepada pelangan tertentu menggunakan mel-langsung berdasarkan maklumat yang terkumpul dalam pengkalan data POS miliknya.

Promosi Jualan

Walaupun Tesco melaksanakan strategi “setiap hari harga rendah” (EDLP), namun pada masa yang sama pada hari-hari tertentu Tesco turut menjalankan promosi jualan untuk menarik lebih pelangan. Melalui promosi jualan Tesco cuba menawarkan nilai dan insentif yang lebih kepada pelangan untuk melawat dan membeli barangan di Tesco pada waktu-waktu tertentu. Biasanya promosi jualan yang dilakukan lebih kepada penekanan harga rendah. Objektif utama kaedah ini ialah untuk mempercepat proses penjualan dan jumlah jualan barangan. Tesco kerap mengadakan promosi pasar segarnya. Promosi jualan juga biasa dijalankan semasa musim perayaan. Antara alat promosi jualan lain yang turut digunakan Tesco ialah peraduan, kupon, sample dan pek bonus.


Suasana Dalaman Premis

Tesco menyedari bahawa atmosfera dalam premisnya juga merupakan aspek penting dalam strategi komunikasinya kerana ia mampu mempengaruhi perlakuan belian pelangan. Antara perkara yang diberi penekanan oleh Tesco dalam hal ini ialah reka bentuk bangunan, susun atur, penandaan, pameran, warna, pencahayaan, suhu, bunyi dan bau. Suasana dalam premis akan mempengaruhi tanggapan imej Tesco dalam minda pelangan dan secara tak langsung mengkomunikasikan maklumat berkenaan pekhidmatan premis Tesco, harga dan kebergayaan barangan di Tesco.


Laman Web

Laman web Tesco iaitu www.tesco.com.my merupakan satu lagi cara Tesco berkomunikasi dengan pelanganya dan orang ramai. Tesco menggunakan laman web sebagai cara membina imejnya dengan memberi maklumat berkenaan profile syarikat, piagam pelangan, hala tuju dan kejayaan yang telah dicapainya. Ia juga memberi maklumat seperti lokasi hypemarket Tesco, promosi yang sedang berlangsung dan akan berlangsung, jenis pembarangan yang dijual, perkhidmatan tambahan, peluang pekerjaan, berita berkenaan syarikat dan FAQ.


E-mail

Tesco turut menggunakan e-mail untuk berkomunikasi dengan pelangan. Pelangan yang berdaftar dengan laman webnya akan menerima e-mail berkenaan promosi atau tawaran menarik di Tesco. Walaubagaimanapun Tesco menyedari keedah ini tidak berapa memberi kesan kerana kadar penembusan internet yang rendah di Malaysia. Namun di Bandar- bandar besar seperti kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Penang kaedah ini mungkin boleh dijadikan sebagai pelengkap kaedah komunikasinya yang lain.


Publisiti

Publisiti merupakan komunikasi bonus bagi Tesco kerana ia percuma dan kredibilitinya tinggi di mata pelangan. Biasanya liputan publisiti yang diterima Tesco adalah dalam bentuk berita sama ada melalui media cetak, penyiaran mahupun internet. Tesco cuba mendapatkan liputan publisiti melalui anjuran acara istimewa, mengadakan siding akhbar dan penglibatan amal. Contoh pengambilalihan Makro Cash & Carry Distribution Sdn. Bhd. Oleh Tesco Store (M) Sdn. Bhd . serta pengenalan Tesco Extra telah mendapat liputan luas media.


PERKHIDMATAN PELANGGAN TESCO

Tesco yakin dan percaya untuk membezakan tawaran runcitnya, membina kesetiaan pelangan dan membentuk kelebihan persaingan ia harus menawarkan pehidmatan pelangan yang cemerlang. Perkhidmatan yang baik akan menggalakkan pelangan kembali membeli dan pada masa yang sama menjana komunikasi “word of mouth” yang positif, sekaligus menarik pelangan baru. Perkhidmatan pelangan Tesco boleh dilihat sama ada dari rekaan premis, polisi yang diwujudkan mahupun laman webnya. Terdapat pelbagai kemudahan dan pekhidmatan pelangan yang disediakan oleh Tesco yang meliputi untuk semua pelangan dan juga sebahagian perkhidmatan yang khas untuk pelangan tertentu. Beikut adalah senarai perkhimatan pelangan yang boleh diperoleh di hypermarket Tesco.


Umum (untuk semua) Khas (untuk ahli Biz Clubcard sahaja)

· Penerimaan semua jenis kad kredit

· Terminal ATM

· Bilik persalinan

· Kawasan tempat letak kereta

· Kemudahan untuk OKU

· Medan selera

· Tempat memunggah barangan

· Tempat permainan kanak-kanak

· Jaminan (warranties)

· Pemulangan barangan

· Tempat simpan bag

· Penghantaran (barangan elektrik sahaja )

· Perkhidmatan memunggah barangan pukal dan kaunter khas untuk troli barangan pukal

· Invois jualan bercetak (atas permintaan)

· Kawasan memunggah barangan untuk pelanggan

· Kiriman majalah promosi ke alamat pelangan

· Bahagian Biz Clubcard

· Pesanan melalui telefon/faks

· Khidmat penghantaran (hanya di stor terpilih iaitu Tesco Extra Seremban, Penang and Ipoh)

· Tempahan online (kini dalam peringkat ujian di Seremban)


Tesco Clubcard

Clubcard adalah skim loyalti Tesco dan cara Tesco mengucap terima kasih kepada pelanggan yang membeli-belah di hypermarketnya. Terdapat dua jenis clubcard iaitu Tesco Clubcard dan Tesco Biz Clubcard. Keahlian Clubcard dibuka kepada semua pelanggan Tesco yang berumur 18 tahun keatas. Manakala Biz Clubcard hanya dibuka kepada peniaga kecil sahaja. Keahlian untuk Kedua-dua Tesco Clubcard adalah percuma. Pelangan Tesco yang memiliki Clubcard akan menerima mata apabila membeli belah di Tesco dan mata yang dikumpul akan ditukar nilai menjadi Baucar Clubcard yang akan dikirim ke rumah mereka. Clubcard ini boleh digunakan di semua stor Tesco termasuk Tesco Extra, namun perkhidmatan Biz Clubcard seperti perkhidmatan pencetakan invois jualan, bahagian Biz Clubcard dan sebagainya hanya terdapat di Tesco Extra. Ahli Clubcard akan mendapat 1 Mata ( bernilai1 sen) Clubcard untuk setiap RM2 yang dibelanja di Tesco. Setiap 3 bulan, pelangan yang telah mengumpul 150 mata Clubcard, Tesco akan menghantarkan baucar Clubcard untuk digunakan mereka semasa membeli-belah di stor Tesco.

Friday, April 24, 2009

5 Perkara Penting



Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya :

1. Wajah yang cantik

2. Duit yang banyak

3. Kesihatan yang baik

4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya

5. Tidur yang nyenyak tanpa ganguan.



Untuk mendapatkannya, hanya 15 minit setiap hari.

Sabda Nabi Muhammad saw :

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya,

dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat,

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,

dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat,

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak




Wednesday, April 22, 2009

Hati Tidak Tenteram?




Cinta Dunia.

Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana.


Tamak.

Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi.


Kedekut.

Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


Riak.

Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan kerjanya.


Pemarah.

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati senantiasa tidak tenang.


Ego.

Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya.


Pendendam.

Perasaan yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya iaini membalas dendam kepada orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


Hasad Dengki.

Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain.


Terburu-buru (Tidak Sabar).

Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang kalanya menyusahkan orang lain.

Tuesday, April 21, 2009

Hidup Positif




Be POSITIVE

If anyone talks to me badly I will stay away and try to be calm

If anyone tells me the truth I will accept and do not ever regret

If anyone hurts my heart I will stay calm and pray

If anyone gives me hope I will hold and do not keep it at bay

If anyone looks down on me I will take it easy and strengthen my heart

If anyone loses their temper I will take a deep breath and be quite

and

if anyone needs my help I will lend my hand and do the best
I care for everyone's feeling and desire.

Di Pagi Hari



7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi


  1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

  1. Tekad Bermotivasi.

  1. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

  1. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

  1. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

  1. Lihat Warna Cerah

  1. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan



Thursday, April 16, 2009

Wahai diri....


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(24;30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.."(24;31)

Keridhaan Allah tergantung kepada keridhaan kedua orang tua dan murka Allah pun terletak pada murka kedua orang tua.(HR. Al Hakim)

Barangsiapa meniru-niru tingkah laku suatu kaum maka dia tergolong dari mereka.(HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Tidak semestinya seorang muslim menghina dirinya. Para sahabat bertanya, "Bagaimana menghina dirinya itu, ya Rasulullah?" Nabi Saw menjawab, "Melibatkan diri dalam ujian dan cobaan yang dia tak tahan menderitanya."(HR. Ahmad dan Tirmidzi)

Tiada aku meninggalkan suatu fitnah sesudahku lebih berbahaya terhadap kaum pria daripada godaan wanita.(HR. Bukhari dan Muslim)

Tiap menjelang pagi hari dua malaikat berseru: "Celaka laki-laki dari godaan wanita dan celaka wanita dari godaan laki-laki."(HR. Ibnu Majah dan Al Hakim)

Mungkin pelampiasan nafsu syahwat sebentar berakibat kesedihan yang lama.(HR. Al-Baihaqi)

Janganlah laki-laki berduaan dengan perempuan (lain) kecuali perempuan itu didampingi mahramnya, dan janganlah seorang perempuan melakukan perjalanan (musafir) kecuali didampingi mahramnya.(HR. Muslim)

Barangsiapa berjabatan tangan dengan perempuan yang bukan mahramnya maka dia dimurkai Allah Azza wajalla.(HR.Ibnu Baabawih)

Janganlah seorang laki-laki berduaan dengan perempuan (bukan mahram) karena yang ketiganya adalah syetan.(HR. Abu Dawud)

Rasulullah bersabda dengan membawakan firman Allah dalam hadits Qudsi: "Pandangan mata adalah panah beracun dari antara panah-panah Iblis. Barangsiapa meninggalkannya karena takut kepada-Ku maka Aku ganti dengan keimanan yang dirasakan manis dalam hatinya.(HR. Al Hakim)

Menyukai sanjungan dan pujian membuat orang buta dan tuli.(HR. Ad-Dailami)

Rasulullah Saw bila menghadapi suatu dilema (situasi yang sukar dan membingungkan) beliau shalat.(HR. Ahmad)

Tuesday, April 14, 2009

Terapi Warna


Cahaya merupakan tenaga spektrum yang sangat luas dan boleh dilihat. Mata difokuskan untuk melihat refleks tenaga untuk keperluan sel tubuh.

Menurut Pengamal Terapi Getaran Warna, Dr. Norhisham Wahab, frekuensi gelombang warna yang boleh dilihat oleh mata kasar bergetar antara 420 hingga 780 nanometer (nm). "Warna-warna yang tidak dapat dilihat ialah warna ultra-unggu, infra-merah, gamma dan sinar x" beliau menjelas lagi. Warna-warna yang amat laju ini tidak sesuai untuk keperluan kehidupan organisma di muka bumi ini. Setiap unsur kimia di dalam tubuh dan di atas muka bumi ini mempunyai sifat frekuensi tenaganya sendiri. Frekuensi tenaga ini hanya dapat dikaitkan dengan sifat frekuensi warna.

Dalam tubuh manusia, warna memainkan peranan sebagai penyeimbang sel untuk penyembuhan. Ini bermakna kita memerlukan warna-warna tertentu untuk hidup dengan harmoni. Menurut beliau lagi, setiap tujuh jenis warna pelangi mempunyai peranannya dalam fungsi tubuh. Cahaya dan warna ialah sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang peka pada mata manusia dan juga meruakan sebahagian darpada spektra tenaga yang membolehkan kelangsungan kehidupan setiap makhluk di planet ini. Cahaya berbeza dari segi warna berpandukan ukuran dan jarak gelombang. Warna terpancar bermula daripada gelombang jarak jauh, ukuran rendah sehingga gelombang jarak pendek, ukuran tinggi. Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru. Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalalmus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan. Ini bermakna, untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang selesa, kawasan sekolah mahupun di dalam bilik darjah perlu mempunyai banyak warna hijau. Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat.

Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak. Inilah yang membuatkan warna hijau perlu menjadi pilihan di kawasan sekolah ataupun kawasan kediaman. Kawasan sekolah sepatutnya di penuhi dengan pokok-pokok dan bunga-bunga yang berwarna lembut, kerana warna bunga ataupun bangunan yang garang dan terang akan menggangu emosi pelajar dan mendorong pelajar bertindak secara agresif. Guru-guru juga perlu memakai pakaian yang berwarna lembut. Ini kerana warna baju yang dipakai oleh guru akan menjadi tumpuan sewaktu proses pengajaran berjalan. Kadangkala tumpuan pelajar boleh hilang sekiranya warna baju yang dipakai oleh guru tidak disukai oleh pelajar. Ini menunjukkan wujud gangguan keseimbangan dan sekiranya berterusan akan membabitkan masalah disiplin. Mengapa kita rasakan kita tidak dapat menerima apa yang dipelajari pada waktu-waktu tertentu? Berdasarkan kajian sains fizik yang dijalankan oleh pengmal terapi getaran warna ini, setiap 24 jam waktu siang dan malam, berlaku bertukaran warna sebanyak tujuh kali mengikut warna-warna pelangi. Seorang pakar psikologi barat mengatakan warna putih mampu meningkat kecerdasan, dan bayi perlu didedahkan sebanyak mungkin dengan warna putih dan warna-warna lembut untuk membolehkan IQnya bertambah secara maksimum.

Warna unggu pula mempu mengatasi masalah kurang daya tumpuan di kalangan pelajar. Di samping itu, warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak jauh mampu meransang minat pelajar. Menurut Dr. Norhisham Wahab, pukul 12 tengah malam hingga pukul 1 pagi alam dan segala hidupan diselubungi cahaya putih manakala pukul 1 pagi hingga pukul 2 pagi pula bertukar kepada warna merah jambu. Pada peringkat inilah kepekaan otak adalah pada tahap maksimum. Kita juga dilarang mengulangkaji pelajaran pada waktu-waktu pertukaran iaitu antara pukul tujuh hingga setangah pagi kerana pada waktu ini warna infra merah, merah, oren dan kuning akan berlaku dan membuatkan keseimbangan dalam tubuh kita menjadi terganggu. Begitu juga dengan pukul tujuh hingga tujuh setengah petang. Fenomena gangguan keseimbangan oleh geteran warna-warna tertentu ini boleh dikesan dengan jelas ke atas mereka yang mengalami masalah kesihatan. Misalnya demam, seringkali kita dapati demam akan bertambah teruk apabila tiba waktu-waktu begini. Sememangnya warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita.


Walaupun kebanyakan kita mempunyai warna kegemaran masing-masing tetapi kita harus mengetahui apakah warna yang memberi kesan negatif dan yang memberi kesan positif dalam kehidupan kita. Warna-warna putih dan lembut sering dikaitkan dengan unsur-unsur positif. Misalnya, pelajar sekolah dikehendaki memakai pakaian seragan yang berwarna putih. Walaupun ada yang mengatakan cepat kotor tetapi warna ini sebenarnya mempengaruhi kepintaran dan keseimbangan emosi pelajar. Tetapi sekiranya persekitaran sekolah dipenuhi dengan warna-warna garang maka tidak hairanlah kalau sekolah begini mempunyai masalah disiplin yang teruk.

Bagi mereka yang hendak menjalani sesi temuduga juga dikehendaki mengenai pakaian daripada warna-warna yang lembut. Ini semua berkaitan dengan emosi mereka yang menemuduga dan yang ditemuduga. Daripada pakaian mereka sudah boleh menilai seseorang yang terbabit secara luaran. Begitu juga dengan hospital, jururawat, doktor dan pesakit serta bangunan dan perhiasan dalaman dihias berkonsepkan warna-warna lembut.

Monday, April 13, 2009

The Color Of Friendship


Once upon a time the colors of the world started to quarrel. All claimed that they were the best. The most important. The most useful. The favorite.

Green said:
"Clearly I am the most important. I am the sign of life and of hope. I was chosen for grass, trees and leaves. Without me, all animals would die. Look over the countryside and you will see that I am in the majority."

Blue interrupted:
"You only think about the earth, but consider the sky and the sea. It is the water that is the basis of life and drawn up by the clouds from the deep sea. The sky gives space and peace and serenity. Without my peace, you would all be nothing."

Yellow chuckled:
"You are all so serious. I bring laughter, gaiety, and warmth into the world. The sun is yellow, the moon is yellow, the stars are yellow. Every time you look at a sunflower, the whole world starts to smile. Without me there would be no fun."

Orange started next to blow her trumpet:
"I am the color of health and strength. I may be scarce, but I am precious for I serve the needs of human life. I carry the most important vitamins. Think of carrots, pumpkins, oranges, mangoes, and papayas. I dont hang around all the time, but when I fill the sky at sunrise or sunset, my beauty is so striking that no one gives another thought to any of you."

Red could stand it no longer he shouted out:
"I am the ruler of all of you. I am blood - lifes blood! I am the color of danger and of bravery. I am willing to fight for a cause. I bring fire into the blood. Without me, the earth would be as empty as the moon. I am the color of passion and of love, the red rose, the poinsettia and the poppy."

Purple rose up to his full height:
He was very tall and spoke with great pomp: "I am the color of royalty and power. Kings, chiefs, and bishops have always chosen me for I am the sign of authority and wisdom. People do not question me! They listen and obey."

Finally Indigo spoke, much more quietly than all the others, but with just as much determination:

"Think of me. I am the color of silence. You hardly notice me, but without me you all become superficial. I represent thought and reflection, twilight and deep water. You need me for balance and contrast, for prayer and inner peace."

And so the colors went on boasting, each convinced of his or her own superiority. Their quarreling became louder and louder. Suddenly there was a startling flash of bright lightening thunder rolled and boomed. Rain started to pour down relentlessly. The colors crouched down in fear, drawing close to one another for comfort.

In the midst of the clamor, rain began to speak: "You foolish colors, fighting amongst yourselves, each trying to dominate the rest. Dont you know that you were each made for a special purpose, unique and different? Join hands with one another and come to me."

Doing as they were told, the colors united and joined hands.

The rain continued:

"From now on, when it rains, each of you will stretch across the sky in a great bow of color as a reminder that you can all live in peace. The Rainbow is a sign of hope for tomorrow." And so, whenever a good rain washes the world, and a Rainbow appears in the sky, let us remember to appreciate one another.

Sunday, April 12, 2009

Mendidik Diri Menghargai Masa



Seorang insan itu tidak akan berjaya memanfaatkan masanya sebaik mungkin tanpa mujahadah kerana berdepan dengan dua musuh utama (dalaman dan luaran) yang sentiasa meruntunnya untuk leka dan lalai di dunia dan mensia-siakan waktunya.

Dua musuh itu ialah : Hawa nafsu dan Syaitan

Hawa nafsu adalah musuh yang paling mencabar bagi manusia kerana ia berada di dalam dirinya.
Hawa nafsu adalah teman setia manusia yang sentiasa mendampinginya ke mana sahaja ia pergi. Namun hawa nafsu yang bakal menghancurkan manusia jika tidak menghadapinya dengan mujahadah.

Beberapa tabiat buruk yang menjadi punca kegagalan menggunakan masa dengan sebaiknya :

Tidak mengetahui atau tidak menyedari; apa matlamat kehidupan kita di atas muka dunia ini? Kenapakah Allah menjadikan kita di atas muka dunia ini?

Sikap malas, sambil lewa, sukakan kerehatan, leka, lalai, membuang waktu dan sebagainya.

Tidak mengetahui keutamaan dalam hidup; mana perkara yang penting yang perlu diberi perhatian? dan mana pula perkara yang tidak penting yang perlu diketepikan?


Tabiat suka bertangguh

Bermujahadah bermaksud melatih diri dengan sifat-sifat yang baik dan mengekangnya dari menurut hawa nafsu. Orang yang bermujahadah tidak akan membiarkan dirinya dikawal hawa nafsunya. Sebaliknya dia yang mengawal hawa nafsunya.

Melalui mujahadah, kita dapat melatih diri supaya;

  • Memastikan matlamat hidup dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
  • Membuang sikap malas, leka, lalai dan sebagainya .
  • Memberi perhatian kepada perkara-perkara utama dalam hidup.
  • Membuang sikap suka bertangguh.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan memperingatkan kita:
"Dua nikmat (kuniaan Allah) yang seringkali kebanyakan manusia tertipu (kerana mensia-siakannya) iaitulah; nikmat sihat dan nikmat kelapangan".

(Hadis riwayat Imam Bukhari, at-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a.)

Seorang tokoh sufi terkenal Ibnu Athaillah as-Sakandari dalam kitabnya yang masyhur iaitu al-Hikam mensifatkan tabiat suka bertangguh adalah tanda kebodohan yang ada pada diri seseorang. Ia berkata: "Menunda/menangguh amal perbuatan(kebaikan) kerana menantikan kesempatan yang lebih baik merupakan suatu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa".

Seorang hukama Islam pernah menasihatkan kita;
"Janganlah kamu menangguh sampai besok apa yang dapat engkau kerjakan hari ini".


Imam Hasan al-Basri pernah berkata;
"Apabila terbit sahaja fajar pada hari baru, ia akan menyeru manusia; Wahai anak Adam! Aku adalah adalah makhluk yang baru. Aku akan menjadi saksi ke atas apa yang kamu lakukan. Gunakanlah aku untuk berbekal dengan beramal soleh. Sesungguhnya aku (apabila berlalu) tidak akan kembali lagi hinggalah menjelangnya kiamat"


Membahagikan waktu

Bahagikan masanya mengikut kewajipan yang ditanggung di bahunya. Seorang tokoh Islam abad ini, al-Imam asy-Syahid Hasan al Banna berkata :

"Kita diperintahkan supaya mengguna dan membahagikan masa bagi empat tujuan ;

1. Untuk agama iaitu melakukan ketaatan kepada Allah merangkumi yang wajib/fardhu dan yang sunat-sunat.

2. Untuk mencari rezki yang halal bagi menyara diri dan keluarga.

"Siapa yang berpetang dalam keadaan penat kerana bekerja/berusaha dengan tangan sendiri maka ia berpetang dalam keadaan dikurniakan keampunan baginya"

(Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu Abbas r.a.)

3. Untuk berkhidmat kepada manusia dengan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah bagi mereka.

Sabda Nabi s.a.w;
"Sesiapa yang berjalan (untuk keluar) memenuhi hajat saudaranya ia seolah-olah beriktikaf di masjidku ini (iaitu masjid Nabawi) selama sebulan".


4.Untuk kerehatan badan.

Sabda Nabi s.a.w; "Sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu".

Syeikh Tantawi al-Jauhari berpesan;
"Apabila munculnya siang maka buatlah penyusunan terhadap kerja-kerja-yang akan kamu lakukan pada hari itu mengikut masanya dan jangan melakukan sesuatu kerja bukan pada masanya. Ikutilah perancangan kamu yang awal dan jadikan riadhah/bermain pada masanya yang khusus. Ambillah contoh daripada Nabi kita di mana baginda membahagikan masanya kepada beberapa bahagian;
-Satu bahagian untuk ibadah
-Satu bahagian untuk manusia iaitu mengajar mereka...
-Satu bahagian untuk diri baginda sendiri.....

Friday, April 10, 2009

Cantik Lelaki dan Gagah Wanita



Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Thursday, April 9, 2009

Paku Di Dinding Hati



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah sikapnya.

Dia sering tidak dapat mengawal kemarahannya, walaupun hanya kerana masalah kecil sahaja.


Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahi beliau seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahanmu"
jawab ayahnya.


Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.


Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia dapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.


Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.


Dia memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dia lalui tanpa kemarahan.


Hari berganti hari, akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

”Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatammu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih daripada luka di kulit. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.”


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kalian." - JM.

Wednesday, April 8, 2009

Bangkit Daripada Kegagalan



5 peringkat proses kebangkitan ;

  1. Fokus untuk kawal kesihatan emosi, kesihatan badan, semangat diri dan elak segala kekecewaan yang melanda. Mengambil satu jangkamasa, tetapi jika dapat kawal emosi, tempoh itu dapat disingkatkan.

  1. Fokus kepada permasalahan yang dihadapi. Peringkat bagi mengatasi permasalahan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu akibat musibah. Kesinambungannya ialah untuk menstabilkan emosi.

  1. Fokus pada kondisi dalaman diri. Cuba settle down dengan diri sendiri. Berkaitan dengan usaha mengembalikan keyakinan diri dan menerapkan konsep hidup yang positif dalam kehidupan seharian.

  1. Fokus untuk kembali bangkit (daripada kegagalan yang dihadapi). Pada peringkat ini segala permasalahan telah dikenal pasti dan usaha diaplikasi untuk mengatasinya.

  1. Tahap keupayaan diri untuk mengubah dari nasib kurang baik kepada yang lebih baik. Contoh, kegagalan dalam perniagaan yg dialami sebagai turning point untuk berjaya.


LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAPLIKASI :

  1. Cool (Stabilkan emosi. Steady/tenang. Tidak terikut-ikut emosi negatif)

  1. Kemahiran menyelesaikan masalah. (3 gaya pemikiran - analitikal, kreatif & praktikal)

  1. Kekal optimis (Setiap tanggapan dalam diri mesti menjurus kepada perkara-perkara positif. Selitkan unsur-unsur sense of humour dalam kehidupan dan perbualan)

  1. Pecahkan sempadan dalam diri (Hilangkan kelemahan diri dan rasa bersalah dengan lakukan perkara-perkara yang lebih baik. Cara ini dapat meredakan dan elakkan diri daripada terus berada dalam tekanan)

  1. Atasi situasi mengganggap diri sebagai mangsa keadaan. (Contoh – kes buang kerja, tidak dapat kontrak, dsb.)

  1. Melihat kembali kualiti yang ada dalam diri secara optimistik. (Nilaikan kerjasama kita dengan orang lain. Nilaikan sendiri kita o.k atau tidak di mata org lain)

  1. Bangunkan kaedah yang paling unik secara dalaman dan luaran untuk mengatasi kegagalan yang dialami.

  1. Kenalpasti dan pelajari kegagalan yang lalu. (Jadikan panduan. Belajar daripada kegagalan itu)

  1. Bentuk dan aplikasikan kemahiran dalam menangani sesuatu secara terbaik untuk diri sendiri dan org lain.

  1. Tukar rasa nasib yang kurang baik kepada nasib baik.

Tuesday, April 7, 2009

Doa

16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA

· MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA

· MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI

· MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA

· MALAM 10 MUHAMRRAM

· MALAM NISFU SYA'ABAN

· MALAM 'LAILATUL QADAR'

· MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR

· KETIKA HENDAK BERBUKA

· ANTARA AZAN DAN IQAMAH

· PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH

· SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU

· ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR

· SELEPAS KHATAM AL-QURAN

· KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU

· SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH

· SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN


16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA


  • KETIKA MELIHAT KAA'BAH
  • DI TEMPAT MELAKUKAN TAWAF
  • DI SISI MULTAZAM
  • DI BAWAH PANCURAN EMAS
  • DI SISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
  • DI BELAKANG MAKAM IBRAHIM
  • DI ATAS BUKIT SOLAT
  • DI ATAS BUKIT MARWAH
  • DI TEMPAT SA'I
  • DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
  • DI MUZDALIFAH
  • DI MINA
  • DI SISI JAMRAH AL-ULA
  • DI SISI JAMRAH AL-WUSTO
  • DI SISI JAMRAH AL-'AQABAH
  • DI DALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)

Terdapat lebih kurang 55 tempat lain yang diperkenankan doa kerana ia sebagai syiar ibadah Haji dan tempat-tempat ibadah yang disunatkan.

(Sila rujuk: Safwan Fathy, Penyucian Hati, Warisan Al-Fathy, Shah Alam, cetakan ke-5, Julai 2000:154)