Sunday, December 26, 2010

Bulan-Bulan Dalam Kalendar Hijrah




Muharram; membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian, larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (al-Baqarah : 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan iabadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Safar; dari segi bahasanya, Safar membawa erti, kosong, dan dari segi istilahnya, bulan Safar membawa erti bulan di mana orang-orang Arab pada zaman jahiliah keluar rumah untuk berperang setelah bebas dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang.

Rabiul Awal; bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman. Juga merupakan bulan kelahiran dan juga perlantikan Nabi Muhamammad SAW menjadi Rasul, dan wafatnya baginda.

Rabiul Akhir; merupakan peringkat akhir bagi tanaman berbunga. Tokoh ternama Islam, Imam al-Ghazali R.H meninggal dunia dalam bulan ini.

Jamadil Awal; membawa erti permulaan musim sejuk. Dari segi bahasa, ia membawa maksud kering atau beku. Bulan ini dinamakan sedemikian adalah kerana dalam bulan ini, orang Arab pada zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Pada ketika itu, parit, sumur, sungai dan lembah menjadi kering.

Jamadil Akhir; bererti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Khalifaj Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke-13 Hijrah.

Rejab; bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Berlakunya Hijrah pertama semasa zaman Rasulullah SAW ke negeri Habsyah. Bulan ini juga dianggap mulia kerana berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj, kisah pengembaraan Rasulullah SAW dari Makkah ke Baitul Muqaddis pada waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT.

Syaaban; erti Syaaban ialah berpecah-belah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Berlakunya peristiwa penukaran kiblat dari Baitul Muqaddis ke Baitullah. Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa baginda mengimamkan solat.

Ramadhan; ertinya sangat panas. Merupakan satu bulan yang memiliki keutamaan, kesucian dan pelbagai keistimewaan. Berlakunya peristiwa Perang Badar dan penaklukan kota Makkah.

Syawal; ertinya kebahagiaan. Maksudnya, kembalinya manusia ke dalam fitra (kesucian) setelah selesai menunaikan ibadah puasa dan membayar zakat serta saling bermaaf-maafan. Berlakunya peristiwa Perang Uhud dan Perang Ahzab dalam bulan ini.

Zulkaedah; berasal daripada kata Zul (pemilik) dan Qa'dah (duduk). Dinamai Zulkaedah kerana bulan ini merupakan waktu istirehat bagi kaum lelaki Arab terdahulu. Bulan ini mencatat peristiwa peperangan dengan Bani Quraizah, di mana Yahudi Bani Quraizah membuat keputusan untuk menyerah diri, lalu Rasulullah SAW menyerahkan kepada Sa'ad bin Mu'adz untuk menghakimi.

Zulhijjah; berasal daripada kata Zul (pemilik) dan Hijjah (Haji). Ertinya yang mempunyai haji atau menunaikan haji. Ketika ini berduyun-duyun umat Islam pergi ke Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima.

Tactical Variations




Sekadar perkongsian dan penelitian bersama berdasarkan pencapaian syarikat-syarikat multinasional Jepun dalam pengembangan bisnes.

There are some roads which we must not follow; some enemy troops we must not fight; some cities we must not attack; some grounds we must not contest; even some orders from the ruler which we must not obey.



Daripada Sun Tzu's Art of War (1992), Pelanduk Publications, edited by Khoo Kheng Hor, translated by Hwang Chung-Mei


***Know yourself, know your enemy; your victory will be certain. Know Heaven, know Earth; your victory will be complete.

Serambi Mekah


(gambar ehsan daripada Sdra. Naimi PMBK)

Meskipun gelaran Serambi Mekah dipakai secara popular lewat tahun-tahun 1930an, di kala ia muncul sebagai pusat pengajian pendidikian Islam di rantau sebelah sini tetapi hubungan rapat dengan Timur Tengah telah berlangsung lebih awal. Malah pondok terawal yang dapat dikesani di Kelantan ialah pada pertengahan abad ke-19. Sebelum itu, Patani yang secara budayanya adalah sebahagian daripada Kelantan, telahpun wujud sebagai pusat pengajian tersebut. Pusat-pusat pengajian itu sama ada di Kelantan atau di Patani telah menjadi tumpuan para pelajar rantau ini, termasuk dari Cambodia. Ini menunjukkan bahawa bahagian utara di Timur Semenanjung telah pun menjadi kawasan perkembangan Islam yang aktif pada abad-abad ke-19 dan awal abad ke-20. Malah dikatakan dari segi penerimaan Islam, Kelantan lebih awal daripada Melaka.

- petikan daripada artikel Kebangkitan Tok Janggur Dari Perspektif Budaya Politik Melayu Kelantan, halaman 68 (Hanapi Dolah) dalam buku Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka oleh Nik Anuar Nik Mahmud; 2005, Hazco Print.

Pasaran Halal


(gambar hiasan)


Dalam penganjuran Karnival Halal di Balai Islam, Kota Bharu, bulan Julai 2010, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menganggarkan pasaran produk-produk halal bernilai RM 755 billion. Ini termasuklah produk-produk makanan, cosmeticeuticals, perkhidmatan dan perbankan.
Peluang terbuka untuk pengusaha-pengusaha produk halal bagi melaksanakan fardhu kifayah di samping menjana untung perniagaan.

Aktiviti-aktiviti sokongan yang boleh disertai antaranya seminar halal bagi memahami dan memantapkan pengurusan halal perniagaan masing-masing.