Sunday, December 26, 2010

Serambi Mekah


(gambar ehsan daripada Sdra. Naimi PMBK)

Meskipun gelaran Serambi Mekah dipakai secara popular lewat tahun-tahun 1930an, di kala ia muncul sebagai pusat pengajian pendidikian Islam di rantau sebelah sini tetapi hubungan rapat dengan Timur Tengah telah berlangsung lebih awal. Malah pondok terawal yang dapat dikesani di Kelantan ialah pada pertengahan abad ke-19. Sebelum itu, Patani yang secara budayanya adalah sebahagian daripada Kelantan, telahpun wujud sebagai pusat pengajian tersebut. Pusat-pusat pengajian itu sama ada di Kelantan atau di Patani telah menjadi tumpuan para pelajar rantau ini, termasuk dari Cambodia. Ini menunjukkan bahawa bahagian utara di Timur Semenanjung telah pun menjadi kawasan perkembangan Islam yang aktif pada abad-abad ke-19 dan awal abad ke-20. Malah dikatakan dari segi penerimaan Islam, Kelantan lebih awal daripada Melaka.

- petikan daripada artikel Kebangkitan Tok Janggur Dari Perspektif Budaya Politik Melayu Kelantan, halaman 68 (Hanapi Dolah) dalam buku Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka oleh Nik Anuar Nik Mahmud; 2005, Hazco Print.

No comments: