Sunday, December 26, 2010
Bulan-Bulan Dalam Kalendar Hijrah
Muharram; membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian, larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (al-Baqarah : 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan iabadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Safar; dari segi bahasanya, Safar membawa erti, kosong, dan dari segi istilahnya, bulan Safar membawa erti bulan di mana orang-orang Arab pada zaman jahiliah keluar rumah untuk berperang setelah bebas dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang.
Rabiul Awal; bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman. Juga merupakan bulan kelahiran dan juga perlantikan Nabi Muhamammad SAW menjadi Rasul, dan wafatnya baginda.
Rabiul Akhir; merupakan peringkat akhir bagi tanaman berbunga. Tokoh ternama Islam, Imam al-Ghazali R.H meninggal dunia dalam bulan ini.
Jamadil Awal; membawa erti permulaan musim sejuk. Dari segi bahasa, ia membawa maksud kering atau beku. Bulan ini dinamakan sedemikian adalah kerana dalam bulan ini, orang Arab pada zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Pada ketika itu, parit, sumur, sungai dan lembah menjadi kering.
Jamadil Akhir; bererti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Khalifaj Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke-13 Hijrah.
Rejab; bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Berlakunya Hijrah pertama semasa zaman Rasulullah SAW ke negeri Habsyah. Bulan ini juga dianggap mulia kerana berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj, kisah pengembaraan Rasulullah SAW dari Makkah ke Baitul Muqaddis pada waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT.
Syaaban; erti Syaaban ialah berpecah-belah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Berlakunya peristiwa penukaran kiblat dari Baitul Muqaddis ke Baitullah. Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa baginda mengimamkan solat.
Ramadhan; ertinya sangat panas. Merupakan satu bulan yang memiliki keutamaan, kesucian dan pelbagai keistimewaan. Berlakunya peristiwa Perang Badar dan penaklukan kota Makkah.
Syawal; ertinya kebahagiaan. Maksudnya, kembalinya manusia ke dalam fitra (kesucian) setelah selesai menunaikan ibadah puasa dan membayar zakat serta saling bermaaf-maafan. Berlakunya peristiwa Perang Uhud dan Perang Ahzab dalam bulan ini.
Zulkaedah; berasal daripada kata Zul (pemilik) dan Qa'dah (duduk). Dinamai Zulkaedah kerana bulan ini merupakan waktu istirehat bagi kaum lelaki Arab terdahulu. Bulan ini mencatat peristiwa peperangan dengan Bani Quraizah, di mana Yahudi Bani Quraizah membuat keputusan untuk menyerah diri, lalu Rasulullah SAW menyerahkan kepada Sa'ad bin Mu'adz untuk menghakimi.
Zulhijjah; berasal daripada kata Zul (pemilik) dan Hijjah (Haji). Ertinya yang mempunyai haji atau menunaikan haji. Ketika ini berduyun-duyun umat Islam pergi ke Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment