Ubah Matlamat Sebelum Terlambat
Terlajak Perahu Boleh Di Undur. . .
Kesilapan besar tersebut adalah
berkenaan dengan matlamat!
Bila mana matlamat yang kita
tetapkan pada suatu masa dahulu telah tercapai, kita akan mula menyedari satu
kelemahan yang ketara dalam matlamat yang kita tetapkan.
Mengapa saya ingin tekankan perihal
matlamat?
Matlamat adalah ibarat benih untuk
sesuatu tanaman manakala hasil yang akan dikecapi adalah buahnya. Jika benih
yang kita tanam akan menghasilkan buah jambu, maka hasilnya adalah buah jambu
dan jika benihnya adalah buah durian, maka hasilnya tetap buah durian yang
berduri.
Setelah cukup umur pokok tersebut
menghasilkan buahnya, anda jangan lagi bermimpi mengidam buahnya adalah durian
sekiranya benih yang anda tanam adalah benih jambu. Menangis air mata darah
sekali pun, pokok tersebut tetap akan menghasilkan buah jambu bukannya buah
durian!
Maksudnya di sini, jika matlamat
yang kita sasarkan adalah kecil, maka hasil yang akan kita terima adalah sama
seperti yang kita tetapkan di awalnya dan menjadi satu perkara yang agak
mustahil untuk mendapat hasil yang sebaliknya. Anda akan menerima apa yang anda
tetapkan.
Kaji Sedalam-dalamnya!
Jika anda inginkan hasil yang lebih
besar, anda terpaksa menanam biji benih yang lain dan terpaksa menunggu satu
tempoh masa lagi untuk pokok itu mula berbuah. Saya bersyukur kerana telah mencapai
matlamat yang saya tetapkan selepas menonton DVD The Secret.
Alhamdulillah
saya amat berterima kasih atas segala rezki yang telah dikurniakan.
Pada mulanya saya menjangkakan
matlamat tersebut sudah cukup besar, namun setelah berjaya mengecapi hasilnya,
ianya dilihat seakan matlamat yang kecil untuk dicapai dan kini saya kembali
memasang matlamat yang baru dan berani untuk meletakkan yang luar biasa besar!
Secara kesimpulannya, jangan
sekali-kali menetapkan satu matlamat yang kecil. Saya tegaskan bahawa anda
perlu letakkan matlamat yang sebesar mungkin. Biarlah apa orang nak kata, apa
yang penting anda perlu yakin dan berani merealisasikan matlamat tersebut.
6 Tips Mencapai Matlamat Dengan Pantas!
Saya akan kongsikan 6 tips bagaimana
cara yang saya lakukan bagi memastikan matlamat saya tercapai.
Tip #1. Tulis Matlamat Di Atas
Kertas
Saya sarankan anda menulis matlamat
di atas kertas kerana tulisan tangan sebenarnya lebih memberikan kesan
psikologi yang lebih tinggi kepada minda kita berbanding perkataan daripada
komputer.
Jika anda suka kepada kepelbagaian
warna, tulislah matlamat tersebut mengikut kreativi masing-masing. Lebih cantik
matlamat tersebut, lebih senang untuk anda mengingatinya.
Tip #2. Letakkan Matlamat Di Tempat
Mudah Di Lihat
Saya sentiasa sediakan satu papan
khas di dalam bilik dan akan menjadikan papan tersebut sebagai papan Impian.
Jika sehari saya tidak melihat dan membacanya, saya akan terasa satu kehilangan
yang besar lebih-lebih lagi sumber motivasi kepada segala apa yang saya
lakukan.
Anda boleh guna white board
sebagai salah satu pilihan alternatif.
Tip #3. Baca Dan Ulang Matlamat
Tersebut Berulang Kali
Saya akan pastikan matlmat yang saya
tetapkan dibaca tidak kurang daripada 3 kali sehari. Setiap kali membacanya,
saya akan menggambarkan di dalam minda separa sedar saya bahawa matlamat
tersebut sudah pun tercapai dan saya amat gembira mengecapinya.
Anda perlu lebih kreatif setiap kali
anda membaca matlamat tersebut.
Tip #4. Beritahu Orang Lain Matlamat
Tersebut
Perkara paling sukar dan ternyata
memberi impak yang paling besar adalah untuk menyatakan matlamat kita kepada
orang lain.
Kadang-kadang saya pun malu untuk
nyatakan matlamat saya kepada orang lain apatah lagi di tempat awam. Namun kini
setelah menyedari akan keberkesanannya, saya dengan sengaja memberitahu kepada
orang lain apakah matlamat yang saya ingin capai.
Tip #5. Percaya 100% Matlamat Itu
Akan Berjaya!
Perkara yang perlu menjadi perhatian
penting adalah anda perlu yakin dan percaya 100% bahawa matlamat itu akan
membuahkan hasil. Jika anda masih berdolak-dalih bahawa matlamat tersebut
seperti sesuatu yang mustahil, lebih baik anda berhati-hati kerana sikap
berdolak-dalih itu tadi akan melambatkan proses sebenar anda mengecapi
kejayaan.
Tip #6. Fast Action!
Ini adalah perkara yang paling
mustahak dalam perjalanan anda mencapai kejayaan. Jika matlamat sudah tersergam
indah namun anda masih lagi dibuai mimpi indah dan tidak bertindak pantas untuk
merealisasikan matlamat tersebut, lebih baik anda tidak mempunyai matlamat
langsung.
Kita wajib bertanggungjawab penuh
terhadap segala matlamat yang telah ditetapkan.
[dikongsi dari
http://blog.fathuallah.com]
[dikongsi dari
http://blog.fathuallah.com]
No comments:
Post a Comment