Friday, January 2, 2009

Membentuk Peribadi Anak Cemerlang (1)



Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."(HR : Bukhari)

Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya "menjadi" atau tidak.

Matlamat kita sebagai ibu bapa adalah untuk membentuk keperibadian positif dalam anak-anak.

Contoh keperibadian positif:

- Kasih pada Allah

- Kasih sesama manusia

- Hormat-menghormati

- Bertimbang rasa

- Bersopan

- Tidak bergaduh sesama saudara

- Rajin belajar

- Istiqamah di dalam sesuatu pekerjaan

Semua ibu bapa mahu membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi insan yang mulia tetapi ramai yang tidak tahu cara yang berkesan untuk melakukannya.

Dua perkara pokok diperlukan:

1) Ibu bapa perlu mengetahui bagaimana keperibadian terbentuk.

2) Ibu bapa perlu mempunyai suatu nilai sebagai asas kepada keperibadian anaknya; nilai ini adalah nilai keperibadian Islam dan anak-anak perlu dibesarkan sebagai Khalifah Allah.

Dengan menggabungkan kedua-dua aspek ini, ibu bapa akan dapat membentuk anak-anak yang akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan insan yang cemerlang di akhirat.

Apakah faktor yang mempengaruhi pembentukan keperibadian?
Faktor utama yang menentukan keperibadian seseorang ialah faktor persekitaran.
Tiga faktor persekitaran yang mempengaruhi keperibadian individu:

1) persekitaran fizikal

2) persekitaran sosial

3) kata hati (inner speech)

***Satu faktor dalaman yang bertindak sebagai penapis ialah PERSEPSI.


1) Persekitaran fizikal (Prasarana dan kemudahan awam)

2) Persekitaran sosial (Komunikasi interpersonal)

a) perhubungan sesama manusia
- ibubapa
- keluarga
- rakan
- guru
- orang sekeliling



b) perisian perkara-perkara yang dicipta oleh manusia
- TV
- Video
- Komputer
- Muzik

3. Kata hati (inner speech)
- Adalah perkara-perkara yang kita kata kepada diri kita sendiri.
- Kata hati berperanan untuk menentukan tindak-tanduk individu.
- Ia terbentuk melalui pengalaman dari pembelajaran masa lampau dan
menentukan persepsi mengenai sesuatu perkara.
- Ia memain peranan yang besar di dalam membezakan antara baik dan buruk.




(Kelab Wanita UKM ; 2002)

No comments: