Tuesday, January 27, 2009
LEBIH CERIA WALAUPUN JIWA BERGELORA
Setiap daripada kita pastinya pernah merasai tertekan atau rendah diri akibat dimarahi bos atau mungkin juga kerana disisih rakan sepejabat. Jika pelajar, barangkali rasa malu menyelinap dalam diri kerana dileteri atau didenda guru. Si peniaga pula mungkin kurang bersemangat apabila jualan merosot, atau juga rakan sekerja kurang memberi kerjasama hingga mengakibatkan masalah-masalah lain pula melanda.
Apa yang perlu dilakukan dalam suasana begini?
Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga.
Petua-petua ini boleh diamalkan untuk membuat diri lebih ceria dan gembira walau di mana jua, malah juga untuk menonjolkan sikap bersahaja walaupun di hati sedang bergelora.
• Niat di hati. Katakan pada diri. ”Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”
• Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat. Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.
• Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok. Melangkah dengan penuh keyakinan, biar bertenaga.
• Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita, terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.
• Banyak istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.
• Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, kita mengambil wudhuk.
• Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar merasa damai.
• Selepas itu bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya bersyukur kerana mempunyai kerja untuk mencari rezeki, punya pendapatan pada akhir bulan dan seumpamanya.
• Amalan bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat.
Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment