Friday, January 2, 2009

"Jangan Masuk Lagi"


Seringkali kita mendengar rungutan-rungutan mengenai penyelewengan yang berlaku dalam aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan jualan langsung.

Kebanyakan rungutan itu adalah berhubung dengan taktik jualan yang tidak jujur, kurang sopan dan tidak beretika.

"Tahniah, nombor rumah anda telah terpilih dalam cabutan bertuah kami. Anda telah memenangi potongan harga RM50.00 untuk barang dapur kami. Jangan lepaskan tawaran hadiah dengan membeli barang kami. Jangan lepaskan peluang istimewa ini." - ungkapan pembukaan oleh jurujual kepada anda.

Jangan terperangkap dengan gimik ini.

Bagaimana Jurujual Mengendalikan Anda

1) Mereka akan memulakan perbualan dengan ungkapan yang sangat menarik dan menawarkan sesuatu yang anda tidak dapat menolak. Tawar menawar yang tidak mungkin anda lepaskan. la terialu baik jika menjadi kenyataan. Tanpa ragu-ragu anda membenarkan mereka masuk ke rumah anda.

2) Mereka mengeluarkan katalog dan contoh, sepanjang masa bercakap dan membuat demonstrasi. Mereka menerangkan betapa baiknya barang yang dipromosikan dan meyakinkan semua persoalan anda.

3) Sebelum anda sedar mereka telah menulis nama anda di dalam borang pesanan (yang mana sebenarnya merupakan perjanjian).
Mereka mengenepikan ketidakselesaan anda, mendesak anda, menyediakan rancangan pembayaran dan dalam masa yang sama mengingatkan anda berapa banyak wang anda akan menjimatkan, meyakinkan semula bahawa anda akan mendapatkan balik wang anda bila anda menukar fikiran. Beli sekarang atau harga akan meningkat dalam sedikit masa lagi dan sebagainya.

Jika anda masih tidak pasti lagi pada peringkat ini, mereka mungkin akan memulakan sedikit deraan. Mereka tidak akan beredar sehingga anda menandatangani borang pesanan. Meninggikan suara sedikit, sedangkan anda keseorangan. Anda separuh yakin dengan tawaran, anda merasa malu untuk meminta mereka beredar selepas mereka bersusah payah meyakinkan anda dan akhirnya anda menandatangani borang pesanan.

Bagaimana Mengendalikan Jurujual di Muka Pintu

Jualan pintu ke pintu adalah aktiviti yang dikawal di bawah Akta Jualan Langsung 1993. Sebelum anda melayani jurujual ini, pastikan:

1) Jurujual menunjukkan Kad Pengenalan dan Kad Kebenaran.
2) Masa jualan 9.00 pagi - 7.00 malam sahaja. Jualan langsung pada hari Ahad dan cuti am tidak dibenarkan.



Selepas berpuashati jurujual itu datang daripada syarikat jualan langsung yang sah, anda bolehlah membenarkan jurujual itu menunjukkan barang jualannya jika berminat.



Berhati-hati dan gunakan cara yang terbaik bila berurusan dengan jurujual :

1) Jangan terburu-buru. Anda boleh pada bila-bila masa meminta mereka meninggalkan risalah (brochures) dan borang pesanan/kontrak. Beritahu mereka yang anda perlu berunding dahulu dengan keluarga. Mereka boleh datang semula beberapa hari kemudian.

2) Jangan terpengaruh dengan kata-kata jualan seperti "ini adalah tawaran pertama, harga akan meningkat kemudian atau anda telah memenangi cabutan bertuah". la cuma satu cara untuk mendapatkan tempahan atau pesanan.

3) Belajar untuk berkata "Tidak" jika anda tidak berhasrat untuk membeli sesuatu barang. Ramai orang membeli untuk membuat jurujual pergi atau beredar. Anda tidak sepatutnya merasa terpaksa membeli walaupun mereka telah melakukan demonstrasi.

4) Jangan menandatangani borang pesanan/kontrak kecuali anda sangat yakin yang anda mampu untuk membuat pembayaran. Apabila anda telah menandatanganinya, hanya ada sedikit harapan untuk mendapatkan balik wang anda jika anda menukar fikiran.

5) Baca terma pesanan atau kontrak dengan teliti terutamanya cetakan yang halus atau kecil. Apa yang dikatakan oleh jurujual tidak akan diambilkira jika anda telah menandatangani borang pesanan/ kontrak. Anda adalah terikat kepada apa yang terkandung di dalam dokumen berkenaan dan bukan apa yang dijanjikan oleh jurujual.



6) Dapatkan salinan borang pesanan atau kontrak jualan. Pastikan semua janji tambahan yang dibuat oleh jurujual seperti hadiah percuma tertulis dalam semua salinan perjanjian.

7) Penghantaran perlulah dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam pesanan/kontrak anda. Jika anda tidak menerimanya dalam tempoh yang dinyatakan anda hendaklah menulis kepada syarikat berkenaan dan salinan kepada Persatuan Pengguna di tempat anda atau kepada pihak berkuasa.



8) Semua kontrak tertakluk kepada tempoh bertenang. Anda berhak membatalkan kontrak yang telah ditandatangani jika anda ragu-ragu atau tidak puas hati.

9) Barang atau perkhidmatan tidak boleh dihantar atau dilaksanakan dalam tempoh bertenang. Penjual juga tidak boleh menerima apa-apa bayaran daripada penjual sebelum tempoh bertenang tamat.

MASALAH

Jika anda menghadapi masalah mengenai jualan langsung, ambil langkah-langkah berikut:

1) Cuba selesaikan masalah dengan syarikat berkenaan.
2) Sekiranya tidak dapat menyelesaikannya sendiri, hubungi: Pejabat Penguatkuasa yang berdekatan atau Persatuan Pengguna



Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.

No comments: