Tuesday, January 27, 2009

20 PERATURAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN



1.Jangan terlalu pikir punca masalah. Terima dengan reda, hadapi seperti mana yang ada, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasinya.

2.Orang yang mengelak kesukaran akan sentiasa berhadapan dengannya sepanjang hidup. Mereka yang menempuh kesukaran akan hidup bersamanya hanya untuk separuh daripada hayat mereka.

3.Tahu bila hendak mula bekerja dan bila hendak berhenti bermain.

4.Orang yang sibuk tiada masa untuk menangis.

5.Kita pasti akan berjaya, InsyaAllah, jika mencuba dua kali lebih kuat seperti orang lain. Kita mungkin lakukan sebaik orang lain, tapi kita sanggup bekerja lebih kuat.

6.Kita akan tahu bahawa kejayaan begitu hampir apabila keadaan menjadi paling sukar.



7.Kemajuan adalah hasil tambah semua kegagalan.

8.Hari ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidup saya.

9.Saya ingin mengatasi diri saya dan menjadi tuan sendiri.

10.Percaya kepada kejayaan, dan kita akan memperolehinya.

11.Tuhan memberikan kita kebijaksanaan di samping kesukaran.

12.Jangan biarkan peluang terlepas dari tangan – genggaminya.

13.Manusia boleh dimusnahkan, tapi tidak boleh ditewaskan (ernest hemingway)

14.Kita tidak perlu jadi pemidato hebat untuk berjaya, tapi perlu mengucapkan kata-kata yang betul; kita tidak perlu mengendalikan seribu tugas untuk berjaya tapi perlu melakukan perkara yang betul.



15.Tetapkan matlamat untuk hari ini, minggu ini, bulan ini, tahun ini dan sepanjang hayat.

16.Percaya kepada diri sendiri, tingkatkan penampilan, dan sifat baik kita.

17.Saya akan terus mencuba, mencuba dan mencuba lagi!

18.Tiada sesuatu pun di dunia ini yang dapat menggantikan ketabahan dan kesungguhan.

19.Satu-satunya cara untuk mencari punca masalah ialah dengan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan.

20.Ketabahan adalah ibu kejayaan.



Amalkan Peraturan 20 ini dalam aktiviti harian, dan rasai perbezaannya.

Insyaallah, kita akan berupaya mengatasi halangan dan akhirnya, mencapai matlamat.

LEBIH CERIA WALAUPUN JIWA BERGELORA



Setiap daripada kita pastinya pernah merasai tertekan atau rendah diri akibat dimarahi bos atau mungkin juga kerana disisih rakan sepejabat. Jika pelajar, barangkali rasa malu menyelinap dalam diri kerana dileteri atau didenda guru. Si peniaga pula mungkin kurang bersemangat apabila jualan merosot, atau juga rakan sekerja kurang memberi kerjasama hingga mengakibatkan masalah-masalah lain pula melanda.

Apa yang perlu dilakukan dalam suasana begini?

Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga.

Petua-petua ini boleh diamalkan untuk membuat diri lebih ceria dan gembira walau di mana jua, malah juga untuk menonjolkan sikap bersahaja walaupun di hati sedang bergelora.

• Niat di hati. Katakan pada diri. ”Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”

• Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat. Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.

• Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok. Melangkah dengan penuh keyakinan, biar bertenaga.

• Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita, terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.

• Banyak istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.

• Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, kita mengambil wudhuk.

• Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar merasa damai.

• Selepas itu bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya bersyukur kerana mempunyai kerja untuk mencari rezeki, punya pendapatan pada akhir bulan dan seumpamanya.

• Amalan bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat.



Semoga bermanfaat.

Tuesday, January 20, 2009

Anugerah dan Punca Rezeki



Anak merupakan salah satu antara anugerah ALLAH SWT kepada hamba-hambaNya, juga menjadi salah satu punca rezeki dan mendatangkan kenikmatan serta kegembiraan kepada manusia.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
(Ali-Imran : 14)

Anak merupakan harta yang sangat berharga. Turut menjadi bekalan di dunia dan di akhirat apabila anak yang soleh medoakan ibubapanya dan memberikan pertolongan kepada mereka di saat-saat memerlukan.

Untuk melahirkan tabiat manusia yang baik, maka perlu bagi setiap muslim memerhatikan bagaimana cara mereka mendidik anak-anak serta melihat dan mengawasi perkembangan anak-anak agar selari dengan kehendak Islam.



Peringkat Perkembangan Anak-Anak Mengikut Usia

Pada usia 1 bulan biasanya bayi berkelakuan:
1. Menghisap,tidur dan mendengarkan suara.
2. Memandangi wajah.
3. Di dukung dan dibuai.

Oleh kerana itu berikan anak anda :
1.Tempat tidur yang lembut dan nyaman.
2.Respon yang hangat dan penuh kasih sayang terhadap tangisannya.
3.Pelukan dan buaian dan disertai dengan kata-kata yang lembut.

Pada usia 2 bulan biasanya bayi suka:

1.Mendengarkan suara-suara.
2.Memandangi tangannya.
3.Mengangkat kepala dan mengikuti objek yang bergerak dengan pandangannya.
4.Terseyum dan diberi senyuman.

Oleh itu berikan pada anak anda:
1.Mainan yang lembut untuk dipegang dan digenggam.
2. Beri kesempatan padanya untuk mengangkat kepala dengan cara meletakkan dalam
posisi telungkup.
3.Selalu berbicara dan tersenyum kepadanya.
4.Perdegarkan pada anak bacaan ayat-ayat suci Al-quran.
5.Jangan memperdengarkan ucapan-ucapan yang buruk atau “lahwun”.
6.Ajarilah dengan ucapan-ucapan yang mulia.

Pada usia 3 bulan biasanya bayi suka:
1.Memandangi dan melambaikan tangannya.
2.Memasukkan benda-benda ke dalam mulutnya.
3.Mendengarkan suara sendiri.

Oleh kerana itu, berikan pada bayi anda:
1.Mainan-mainan yang berwarna cerah dan selamat (tidak berbucu dan tidak
mengandungi bahan kimia beracun/yang berbahaya).
2.Mainan-mainan yang berbunyi,usahakan bunyi yang boleh mendidik.
3.Gantungkan berbagai benda disekitar tempat tidurnya juga merupakan usaha untuk
mendidik anak,misalnya huruf-huruf al-quran dan rumi dan lain-lain.
4.Beri kesempatan untuk menikmati pemandangan diluar rumah dengan membawa
ke luar rumah.
5.Perdengarkan alunan ayat-ayat suci al-quran.



Pada usia 4 bulan bayi suka:
1.Mengangkat tubuhnya dengan kedua lengannya dalam posisi telungkup.
2.Mengangkat kakinya ke arah wajahnya dan membuka gerakan-gerakan menendang.
3.Menggigit benda-benda yang dapat di masukkan ke dalam mulutnya.
4.Memukul-mukul air dengan tangan dan kakinya ketika dimandikan.

Oleh kerana itu,berikan anak anda:
1.Lebih kerap keluar rumah.
2.Gantung mainan yang dapat diraihnya.
3.Kenalkan dengan benda-benda baru yang ada disekitar rumah.
4.Tonjolkan rasa kasih sayang dihadapan bayi.
5.Perdengarkan alunan ayat-ayat suci al-quran.
6.Hilangkan semua perkataan kotor.
7.Tampakkan wajah ceria kepada bayi anda.

Pada usia 5 bulan,bayi suka:
1.Meraba,menggoncang-goncang dan memukul-mukul sesuatu.
2.Berguling.
3.Duduk dengan bantuan.
4.Berbaring telungkup,kepala dan dada diangkat dan berusaha melihat sekeliling.
5.Menggigit sesuatu yang ada di mulutnya.

Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Sebuah mainan untuk ditendang-tendang.
2.Bunyi-bunyian untuk dimainkan.
3.Alunan ayat-ayat suci al-Quran dan kata-kata yang mulia.
4.Senyum dan kasih sayang ketika mendekatinya.
5.Suara-suara menarik yang boleh didengar,contohnya memakaikan kasut yang
berbunyi dan lain-lain yang sesuai.

Pada usia 6 bulan, bayi suka :
1.Berguling.
2.Memasukkan sesuatu kedalam mulutnya.
3.Tersenyum pada wajah-wajah yang dikenalinya.
4.Menjatuhkan,membuang atau memukul-mukul sesuatu yang dipegangnya.

Oleh kerana itu beri bayi anda:
1.Sebuah bola untuk digulingkan dan digenggam.
2.Berikan senyuman dan kasih sayang saat mendekatinya.
3.Berikan mainan dari plastik yang tidak membahayakan.
4.Suara anda,saat ini anak sudah mula mengenal dan membezakan suara, maka
berkatalah perkara-perkara yang bermakna.
5.Dengarkan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.

Pada usia 7 bulan anak suka :
1.Duduk tanpa bantuan.
2.Mengunakan jari-jari dan ibu jari bersama-sama untuk sebuah tujuan,seperti
mengambil mainan.
3.Benda-benda yang mengeluarkan suara,seperti senduk alat rumah tangga.
4.Mengigit dengan gigi pertamanya.
5.Mendengar suara-suara.

Oleh kerana itu berikan kepada anak anda:
1.Mainan ditempat mandinya.
2.Lantunan ayat-ayat suci al-quran.
3.Kenalkan lafaz-lafaz tauhid.
4.Bermain renjis-renjis ketika sedang mandi atau memasukkan sesuatu dalam air.
5.Beri permainan yang berbunyi.

Pada usia 8 bulan,bayi suka :
1.Berputar.
2.Melihat ke arah mainan yang dijatuhkannya.
3.Memindahkan mainan dari satu tangan ke tangan lainnya.

Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Mainan yang boleh dipukul-pukulkan bersama.
2.Mainan-mainan plastik.
3.Diperlihatkan dirinya melalui cermin.
4.Rasa senang dan kasih dihadapan anak.
5.Perdengarkan kepadanya ayat-ayat suci al-quran.
6.Penampilan rapi dan bersih didepan anak.

Pada usia 9 bulan bayi suka:

1.Menarik atau mengangkat badannya sendiri.
2.Merangkak dilantai.
3.Melakukan permainan yang saling berangkaian.
4.Memandangi dirinya dikaca mempelajari berbagai peredaran bentuk dan permukaan
objek-objek.

Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Beri kesempatan untuk makan sendiri,tentunya mula ditanamkan adab makan sesuai
dengan islam. Dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.
2.Pujian dan dorongan anda untuk kemampuan-kemampuannya yang ditunjukkan.
3.memperkenalkan bahawasanya tiada yang berdaya dan berupaya kecuali dari Allah.
pasti ini sifatnya menghafal.
4.Mainan-mainan yang aman.

Pada usia 10 bulan,bayi suka:
1.Memasukkan jari-jari kelubang terbuka.
2.Bemain tepuk silang.
3.Menarik tubuhnya ke posisi berdiri.
4.Menjelajah lingkungan fiziknya.

Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.mainan yang boleh bergerak-gerak.
2.Beri buku khusus untuknya.
3.Beberapa belon atau mainan kotak-kotak kosong.
4.Selang-selikan dalam permainan dengan alunan ayat al-quran.
5.Berpenampilan dihadapan anak dengan akhlak yang baik.



Pada usia 11 bulan anak suka:
1.Memegang dan mengamati mainan atau objek-objek dengan hati-hati.
2.Bermain bersama,tetapi belum dengan anak-anak lain.
3.Menunjukkan perhatian terhadap pengasuh utama,terutama orang tua.

Oleh kerana itu berikan pada anak anda:
1.Kasih sayang penuh dari kedua orang tua,lebih-lebih ibu.
2.Ajaklah berkomunikasi dengan penuh kasih sayang dalam waktu-waktu tertentu,
terutama mengenai dirinya dan benda-benda yang ada di sekitarnya.
3.Kesempatan untuk mengembangkan penguasaan kemampuan pergerakan baru,
merangkak berdiri dan berjalan.
4.Selang-selikan dalam permainan tersebut dengan mensyukuri ni’mat Allah dan
alunan ayat-ayat suci al-quran.

Pada usia 12 bulan anak suka:
1.Menguasai pergerakan baru.
2.Meletakkan tutup diatas tabung atau tempat,kemudian mengangkatnya kembali.
3.Mencuba naik pada permukaan-permukaan yang agak tinggi.

Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Pujian untuk pelbagai kebolehannya dan ucapan penghargaan kepadanya.
2.Kasih sayang namun menunjukkan sifat formal.
3.Memberi permainan yang boleh ditarik.
4.Selang-selikan dalam permainan anak dengan alunan ayat al-quran.
5.Tanamkan sedikit demi sedikit ketauhidan sesuai dengan kemampuannya

Friday, January 2, 2009

Membentuk Peribadi Anak Cemerlang (1)



Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."(HR : Bukhari)

Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya "menjadi" atau tidak.

Matlamat kita sebagai ibu bapa adalah untuk membentuk keperibadian positif dalam anak-anak.

Contoh keperibadian positif:

- Kasih pada Allah

- Kasih sesama manusia

- Hormat-menghormati

- Bertimbang rasa

- Bersopan

- Tidak bergaduh sesama saudara

- Rajin belajar

- Istiqamah di dalam sesuatu pekerjaan

Semua ibu bapa mahu membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi insan yang mulia tetapi ramai yang tidak tahu cara yang berkesan untuk melakukannya.

Dua perkara pokok diperlukan:

1) Ibu bapa perlu mengetahui bagaimana keperibadian terbentuk.

2) Ibu bapa perlu mempunyai suatu nilai sebagai asas kepada keperibadian anaknya; nilai ini adalah nilai keperibadian Islam dan anak-anak perlu dibesarkan sebagai Khalifah Allah.

Dengan menggabungkan kedua-dua aspek ini, ibu bapa akan dapat membentuk anak-anak yang akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan insan yang cemerlang di akhirat.

Apakah faktor yang mempengaruhi pembentukan keperibadian?
Faktor utama yang menentukan keperibadian seseorang ialah faktor persekitaran.
Tiga faktor persekitaran yang mempengaruhi keperibadian individu:

1) persekitaran fizikal

2) persekitaran sosial

3) kata hati (inner speech)

***Satu faktor dalaman yang bertindak sebagai penapis ialah PERSEPSI.


1) Persekitaran fizikal (Prasarana dan kemudahan awam)

2) Persekitaran sosial (Komunikasi interpersonal)

a) perhubungan sesama manusia
- ibubapa
- keluarga
- rakan
- guru
- orang sekeliling



b) perisian perkara-perkara yang dicipta oleh manusia
- TV
- Video
- Komputer
- Muzik

3. Kata hati (inner speech)
- Adalah perkara-perkara yang kita kata kepada diri kita sendiri.
- Kata hati berperanan untuk menentukan tindak-tanduk individu.
- Ia terbentuk melalui pengalaman dari pembelajaran masa lampau dan
menentukan persepsi mengenai sesuatu perkara.
- Ia memain peranan yang besar di dalam membezakan antara baik dan buruk.




(Kelab Wanita UKM ; 2002)

"Jangan Masuk Lagi"


Seringkali kita mendengar rungutan-rungutan mengenai penyelewengan yang berlaku dalam aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan jualan langsung.

Kebanyakan rungutan itu adalah berhubung dengan taktik jualan yang tidak jujur, kurang sopan dan tidak beretika.

"Tahniah, nombor rumah anda telah terpilih dalam cabutan bertuah kami. Anda telah memenangi potongan harga RM50.00 untuk barang dapur kami. Jangan lepaskan tawaran hadiah dengan membeli barang kami. Jangan lepaskan peluang istimewa ini." - ungkapan pembukaan oleh jurujual kepada anda.

Jangan terperangkap dengan gimik ini.

Bagaimana Jurujual Mengendalikan Anda

1) Mereka akan memulakan perbualan dengan ungkapan yang sangat menarik dan menawarkan sesuatu yang anda tidak dapat menolak. Tawar menawar yang tidak mungkin anda lepaskan. la terialu baik jika menjadi kenyataan. Tanpa ragu-ragu anda membenarkan mereka masuk ke rumah anda.

2) Mereka mengeluarkan katalog dan contoh, sepanjang masa bercakap dan membuat demonstrasi. Mereka menerangkan betapa baiknya barang yang dipromosikan dan meyakinkan semua persoalan anda.

3) Sebelum anda sedar mereka telah menulis nama anda di dalam borang pesanan (yang mana sebenarnya merupakan perjanjian).
Mereka mengenepikan ketidakselesaan anda, mendesak anda, menyediakan rancangan pembayaran dan dalam masa yang sama mengingatkan anda berapa banyak wang anda akan menjimatkan, meyakinkan semula bahawa anda akan mendapatkan balik wang anda bila anda menukar fikiran. Beli sekarang atau harga akan meningkat dalam sedikit masa lagi dan sebagainya.

Jika anda masih tidak pasti lagi pada peringkat ini, mereka mungkin akan memulakan sedikit deraan. Mereka tidak akan beredar sehingga anda menandatangani borang pesanan. Meninggikan suara sedikit, sedangkan anda keseorangan. Anda separuh yakin dengan tawaran, anda merasa malu untuk meminta mereka beredar selepas mereka bersusah payah meyakinkan anda dan akhirnya anda menandatangani borang pesanan.

Bagaimana Mengendalikan Jurujual di Muka Pintu

Jualan pintu ke pintu adalah aktiviti yang dikawal di bawah Akta Jualan Langsung 1993. Sebelum anda melayani jurujual ini, pastikan:

1) Jurujual menunjukkan Kad Pengenalan dan Kad Kebenaran.
2) Masa jualan 9.00 pagi - 7.00 malam sahaja. Jualan langsung pada hari Ahad dan cuti am tidak dibenarkan.



Selepas berpuashati jurujual itu datang daripada syarikat jualan langsung yang sah, anda bolehlah membenarkan jurujual itu menunjukkan barang jualannya jika berminat.



Berhati-hati dan gunakan cara yang terbaik bila berurusan dengan jurujual :

1) Jangan terburu-buru. Anda boleh pada bila-bila masa meminta mereka meninggalkan risalah (brochures) dan borang pesanan/kontrak. Beritahu mereka yang anda perlu berunding dahulu dengan keluarga. Mereka boleh datang semula beberapa hari kemudian.

2) Jangan terpengaruh dengan kata-kata jualan seperti "ini adalah tawaran pertama, harga akan meningkat kemudian atau anda telah memenangi cabutan bertuah". la cuma satu cara untuk mendapatkan tempahan atau pesanan.

3) Belajar untuk berkata "Tidak" jika anda tidak berhasrat untuk membeli sesuatu barang. Ramai orang membeli untuk membuat jurujual pergi atau beredar. Anda tidak sepatutnya merasa terpaksa membeli walaupun mereka telah melakukan demonstrasi.

4) Jangan menandatangani borang pesanan/kontrak kecuali anda sangat yakin yang anda mampu untuk membuat pembayaran. Apabila anda telah menandatanganinya, hanya ada sedikit harapan untuk mendapatkan balik wang anda jika anda menukar fikiran.

5) Baca terma pesanan atau kontrak dengan teliti terutamanya cetakan yang halus atau kecil. Apa yang dikatakan oleh jurujual tidak akan diambilkira jika anda telah menandatangani borang pesanan/ kontrak. Anda adalah terikat kepada apa yang terkandung di dalam dokumen berkenaan dan bukan apa yang dijanjikan oleh jurujual.



6) Dapatkan salinan borang pesanan atau kontrak jualan. Pastikan semua janji tambahan yang dibuat oleh jurujual seperti hadiah percuma tertulis dalam semua salinan perjanjian.

7) Penghantaran perlulah dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam pesanan/kontrak anda. Jika anda tidak menerimanya dalam tempoh yang dinyatakan anda hendaklah menulis kepada syarikat berkenaan dan salinan kepada Persatuan Pengguna di tempat anda atau kepada pihak berkuasa.



8) Semua kontrak tertakluk kepada tempoh bertenang. Anda berhak membatalkan kontrak yang telah ditandatangani jika anda ragu-ragu atau tidak puas hati.

9) Barang atau perkhidmatan tidak boleh dihantar atau dilaksanakan dalam tempoh bertenang. Penjual juga tidak boleh menerima apa-apa bayaran daripada penjual sebelum tempoh bertenang tamat.

MASALAH

Jika anda menghadapi masalah mengenai jualan langsung, ambil langkah-langkah berikut:

1) Cuba selesaikan masalah dengan syarikat berkenaan.
2) Sekiranya tidak dapat menyelesaikannya sendiri, hubungi: Pejabat Penguatkuasa yang berdekatan atau Persatuan Pengguna



Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.