Saturday, January 15, 2011

Pesanan Seorang Teman Dalam Mendisiplinkan Anak

1. Latih diri dan anak-anak untuk mengerjakan solat pada awal waktu.
2. Buat jadual waktu belajar, berehat dan beriadhah. Sebarang kerja sekolah mesti disiapkan.
3. Pada hari-hari persekolahan, pastikan anak-anak sampai awal di sekolah.
4. Pastikan kita tahu apa aktiviti-aktiviti anak selepas waktu persekolahan.
5. Pastikan kehadiran anak-anak di sekolah, kelas-kelas agama mahupun tuisyen. Sentiasa berhubung dengan guru anak-anak.
6. Sesekali perlu juga diperiksa beg dan juga laci dalam bilik anak-anak.
7. Ayah dan ibu mesti bikin serupa cakap. Juga tidak boleh berbeza antara arahan ayah dan ibu kepada anak-anak.

No comments: