1. Tampilkan keyakinan walaupun
perasaan takut di dalam
Sesiapa yang berkeyakinan pasti akan menarik minat pada sesiapa yang
melihatnya. Seseorang yang berkeyakinan selalunya berdiri tegak, bahu yang
sedikit terangkat dan dada yang terbuka. Mereka juga akan berjalan lebih laju
sedikit daripada orang kebiasaan. Selain daripada itu orang yang berkeyakinan
akan kurang mengerdip mata mereka. Pada kebiasaannya seseorang akan mengerdip
mata anta 8 hingga 16 kali setiap minit. Ada pendapat pakar menyatakan
sekiranya mengerdip mata sebanyak kurang daripada 6 kali, ia menunjukkan mereka
seorang yang tenang.
2. Kenali isyarat yang menunjukkan
seseorang tertarik pada anda
Walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata, tetapi anda pasti dapat mengagak
pada seseorang yang tertarik pada anda melalui tingkahlaku mereka. Beberapa
contoh yang menunjukkan seseorang berminat adalah seperti mengambil berat, cuba
dapatkan perhatian dari seseorang, dan sebagainya. Tanda-tanda ini mungkin
kelihatan jelas, mereka mungkin ingin menyampaikan sesuatu objektif secara
tersirat. Ianya amat penting khususnya lelaki dan akan membuatkan mereka lebih
menarik.
3. Elakkan membuat isyarat yang
membuatkan orang lain tdak selesa-
Sebagai contoh adalah ketika seseorang sedang bercerita atau meluahkan sesuatu
perasaan, jangan membuat kerja lain yang akan membuatkan mereka tidak selesa.
Mereka mungkin akan merasakan kehadiran mereka mengganggu anda. Sekiranya anda
betul-betul tidak ingin diganggu berterus terang sahaja daripada melakukan
isyarat yang menyinggung perasaan. Ini kerana dengan menunjukkan isyarat akan
memberi kesan lebih mendalam daripada anda berterus terang.
4. Jangan tunjukkan anda seorang
yang gelojoh atau terdesak-
Seseorang yang gelojoh atau terdesak untuk mendapatkan sesuatu pasti dapat
dikesan. Ini kerana kebiasaannya mereka akan cuba dengan cara memaksa tanpa
mereka sendiri sedari. Ia juga menunjukkan gambaran awal pada orang lain bahawa
mereka adalah golongan yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang.
Walaupun anda terlalu minat terhadap sesuatu jangan sesekali tunjukkan gelojoh
atau terdesak kerana dikhuatiri anda pula akan dimanipulasi oleh orang lain
yang mengmbil kesempatan terhadap keterdesakan anda.
5. Senyum-
Ini merupakan cara paling mudah
untuk seseorang kelihatan menarik. Dengan hanya memberi senyuman sudah cukup
untuk membuatkan orang lain tertarik pada anda. Ini kerana dengan senyuman
dapat memberi seribu satu tanggapan positif terhadap orang lain. Ia bukannya
hanya untuk diri sendiri kelihatan menarik, malah mampu juga untuk memberikan
keyakinan kepada orang lain.
- Metro
No comments:
Post a Comment