Tips untuk memperingatkan pelanggan secara
munasabah dan berkesan
1. Hantar kad peribadi kepada pelanggan pada hari-hari
istimewa seperti harijadi, hari ulang tahun, tahun baru, dan perayaan.
2.
Buat kad bisnes yang berbeza daripada yang lain. Anda
hendaklah kreatif antaranya, meletakkan gambar di hadapan atau belakang,
masukkan kelayakan dan apa sahaja yang dirasakan penting dan menarik.
3.
Berikan sumbangan kebajikan atas nama pelanggan sebagai
hadiah harijadi untuknya.
4.
Aktif dalam pergerakan pertubuhan atau kebajikan sosial,
atau pun qariah mesjid.
5.
Bertukar fikiran dengan orang-orang yang berjaya dalam
perniagaan.
6.
Hantar bunga, buah-buahan kepada pelanggan yang ditimpa
penyakit atau dimasukkan ke hospital.
7.
Hantar hadiah berupa foto album, bunga-bungaan kepada
pelanggan yang mendapat cahaya mata.
8.
Masukkan no. telefon dan nama dalam cenderahati, seperti
key chain, pen, topi, mug dsbnya.
9.
Memberi kepada pelanggan sebagai token.
10.
Buat iklan diri dalam surat khabar, buku atau majalah.
No comments:
Post a Comment