Friday, May 18, 2012

10 Cara Untuk Promosi Diri


 

Tips untuk memperingatkan pelanggan secara
munasabah dan berkesan

1.    Hantar kad peribadi kepada pelanggan pada hari-hari istimewa seperti harijadi, hari ulang tahun, tahun baru, dan perayaan.

2.            Buat kad bisnes yang berbeza daripada yang lain. Anda hendaklah kreatif antaranya, meletakkan gambar di hadapan atau belakang, masukkan kelayakan dan apa sahaja yang dirasakan penting dan menarik.

3.            Berikan sumbangan kebajikan atas nama pelanggan sebagai hadiah harijadi untuknya.

4.            Aktif dalam pergerakan pertubuhan atau kebajikan sosial, atau pun qariah mesjid.

5.            Bertukar fikiran dengan orang-orang yang berjaya dalam perniagaan.

6.            Hantar bunga, buah-buahan kepada pelanggan yang ditimpa penyakit atau dimasukkan ke hospital.

7.            Hantar hadiah berupa foto album, bunga-bungaan kepada pelanggan yang mendapat cahaya mata.

8.            Masukkan no. telefon dan nama dalam cenderahati, seperti key chain, pen, topi, mug dsbnya.

9.            Memberi kepada pelanggan sebagai token.

10.         Buat iklan diri dalam surat khabar, buku atau majalah.