Published with Blogger-droid v1.7.4
Monday, October 31, 2011
Sunday, October 30, 2011
Info Sejarah
Kisah Nabi Lut a.s bukanlah sesuatu yg direka, ia sudah diceritakan di dalam Al-Quran yang kaum Nabi Lut a.s telah melakukan perbuatan yg terkutuk yakni homoseks. Perutusan Nabi Lut sebagai pemberi peringatan tentang azab Allah SWT terhadap mereka disia-siakan sahaja. Allah SWT telah mengazab kaum Nabi Lut a.s dengan menterbalikkan bumi serta dihujani batu belerang terbakar bertubi-tubi. Ia berlaku di daerah Palestin berdekatan Laut Mati. Secara tepatnya di kota Sodom dan Gemorah.
Semoga ia memberi peringatan buat kita.
Saturday, October 29, 2011
Sejarah Dinar
(Gambar hiasan)
Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku?
Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada ...sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk.
Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.
Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra.
Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram. Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan mata wang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah.
Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam. Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia.
Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun.
Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik. Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.
Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.
Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.
Hal ini kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
Wallahua'lam

Peristiwa di sebalik tangisan dan tertawa Saidini Umar al-Khatab r.a
Kita tentu tidak asing dengan Umar bin Khatab salah seorang dari empat khalifah ternama masa sepeninggalan Rasulullah SAW.
Saidina Umar r.a terkenal dengan ketegasan dan kelembutan hatinya. Malah Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya ada nabi sesudahku maka ia adalah Umar bin Khatab”. (H.R Tirmidzi dan Ahmad)
Dikisahkan pernah suatu ketika Rasulullah SAW mendapati Umar bin Khatab sedang menangis kemudian tertawa hampir bersamaan. Ketika ditanya apa sebabnya yang menyebabkannya demikian. Saidina Umar bin Khatab menjelaskan bahawa ia teringat keadaan dirinya di masa jahiliyah dulu.
Kenapa dia menangis? Dia teringat ketika masa jahiliyah, dia menanam anak perempuannya hidup-hidup. Terbayang olehnya sekiranya anak perempuannya masih hidup, dia akan boleh bersama mereka. Dan akan mendapatkan cucu yang banyak dari mereka.
Lantas yang membuatnya tertawa adalah ketika di masa jahiliyah dia terbiasa membuat patung-patung berhala. Kadang-kadang dia membuatnya dari gandum dan manisan. Akan tetapi ketika ia dilanda lapar atau musim panas kontang. Maka dia terpaksa mengambil bahagian-bahagian patung berhala tersebut kemudian memakannya. Mendengar hal tersebut Rasulullah SAW pun turut tertawa.
Dari kisah ini kita boleh mengambil pengajaran yang sangat berharga. Masa jahiliyah dikenali juga dengan masa kegelapan atau kebodohan, akal dan hati nurani tidak berfungsi sebagaimana patutnya. Sebut saja dua peristiwa yang membuatkan Saidini Umar bin Khatab r.a menangis dan tertawa ketika mengingatnya.
Pada masa jahiliyah perempuan tidak mempunyai harga sama sekali. Malah mempunyai anak perempuan adalah aib yang besar. Kerana dianggap tidak berguna, tidak boleh berperang dan tidak boleh mewariskan kejayaan serta kemuliaan. Malah perempuan dianggap sesuatu yang boleh diwariskan. Tidak ubahnya seperti barang atau benda mati sahaja. Menanam anak perempuan hidup-hidup adalah tabiat orang dengan akal jahiliyah yang tidak mempunya hati nurani. Sedangkan membuat tuhan yang boleh dibuat dan dimakan malah boleh dihancurkan sama halnya dengan kebodohan yang tidak ada hujung pangkalnya.
Setelah Saidinia Umar bin Khatab r.a memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasulullah SAW, dia menyedari akan kebodohan tersebut.
Segala puji bagi Allah SWT, Dzat Yang Maha Esa lagi Maha Agung. Dengan syariat-Nya yang dibawa melalui Nabi Muhammad SAW, telah mengeluarkan umat manusia dari kebodohan dan kejahilan.

Mendapatkan Prospek
1. Warm market & Cold market
2. Pengiklanan / Hebahan
2.1 Tajuk Utama
2.2 Mel Terus
2.3 Kad & Bulk Mailer
2.4 Senarai Faks
2.5 Risalah
2.6 Konvensyen & Pameran Perniagaan
2.7 Perjumpaan Perniagaan (BOM)
2.8 Panggilan atau Jemputan Terus
3. Iklan Cetak
3.1 Suratkhabar
3.2 Majalah Khusus
3.3 Surat Berita
4. On-line – Prospek & Menghasilkan Jualan
5. SMS - mudah & menguntungkan. Contoh; Bulk SMS & SMS Revised Billing

ALLAH MEMANGGIL KITA 3 KALI
1. Panggilan pertama adalah Azan.
‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, DIA tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita. Kadang kala kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan AzanNya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti’.
2. Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak mempunyai wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.
3. Dan panggilan ke-3 adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh.
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.
Insya Allah, syurga adalah balasannya.

Thursday, October 27, 2011
Wednesday, October 26, 2011
Monday, October 24, 2011
Sunday, October 23, 2011
Thursday, October 20, 2011
Tuesday, October 18, 2011
Monday, October 17, 2011
Wednesday, October 12, 2011
Tuesday, October 11, 2011
Sunday, October 9, 2011
Saturday, October 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)