Monday, May 18, 2009

46 Kawan Baik



Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik.

Amien....

Monday, May 11, 2009

Amalan Pemakanan Untuk Kesihatan Tubuh



MAKANAN HARIAN YANG MENGANDUNGI ZAT DAN VITAMIN YANG PENTING

Dua aspek makanan yang perlu dijaga; Halal dan Mutu (Khasiat dan Zat)

1. ZAT BESI – Membekal oksigen dalam darah dan sel-sel, meningkatkan keaktifan enzim (enzyme), dan berkesan terhadap anemia. Terdapat dalam daging, kuning telur, limpa, hati, tiram, kacang soya, kacang peas, bijirin, sayuran, kismis dan buah-buahan.

2. KALSIUM – untuk tulang dan gigi. Terdapat dalam susu, dan hasil-hasil lain seperti hasil ternakan, telur, tauhu, makanan laut dan sayuran berdaun hijau.



3. PROTEIN - untuk membina darah, sel-sel, tisu-tisu dan organ di dalam badan. Terdapat dalam susu, ikan, telur, daging, kacang peas, daging yang kering, makanan laut dll.

4. UNSUR MINERAL - terdapat dalam makanan laut, limpa, sayuran berdaun hijau dan kuning telur.

5. VITAMIN A - baik untuk mata, pertumbuhan otak, hati dan antikanser. Terdapat dalam sayur, susu asli, kuning telur, mentega, minyak sayuran, buahan, tembikai, tomato, betik, minyak hati ikan dll



6. VITAMIN B KOMPLEKS - melancarkan perjalanan darah. Boleh didapati dalam sayuran berdaun hijau, bijirin, telur dan limpa.

7. VITAMIN C - baik untuk pencegahan kanser dan mengurangkan kolestrol. Terdapat dalam kumpulan buah limau, cili hijau, teh hijau dan semua jenis sayuran.

8. VITAMIN D - membantu pengapuran tulang dan gigi, mengimbangi paras fosforus dalam darah serta melaraskan metabolisme kalsium dan fosforus. Terdapat dalam semua jenis ikan, susu, ragi, sayuran, cendawan, minyak ikan, limpa, cahaya dan sinaran matahari.



9. VITAMIN E - mencegah keuzuran otot dan baik untuk kulit. Boleh didapati dalam bijirin, kacang peas, susu dan kuning telur. (DAN JUGA MINYAK KELAPA DARA).


Elakkan makanan yang ada berlebihan karbohidrat, lemak dan gula.

7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan



1. Jadi Proaktif - prinsip wawasan peribadi

2. Mulakan dengan Matlamat - prinsip kepimpinan peribadi

3. Buat Perkara Pertama Dahulu - prinsip pengurusan peribadi

4. Fikirkan Menang–Menang

5. Cuba Memahami Dahulu, Kemudian Cuba Untuk Difahami - prinsip komunikasi empati

6. Bersinergi - prinsip-prinsip kerjasama kreatif

7. Tajamkan Gergaji - prinsip-prinsip pembaharuan kendiri yang seimbang
(rohani, mental, fizikal dan sosioekonomi)

Rahsia Solat Berjemaah



Dari Ubai bin Kaab telah bersabda Rasulullah saw : Solat seorang lelaki berserta seorang lelaki lebih baiik daripada ia solat seorang diri dan dan seorang lelaki berserta dua orang lelaki lebih baik ganjarannya daripada ia bersolat bersama-sama dengan seorang lelaki sahaja. Dan manakala jemaah lebih banyak maka jemaah itu lebih dikasihi ALLAH SWT. (Riwayat Abu Daud dan Nasai)

1. Menerapkan nilai ketaatan kepada ketua, sebab makmum wajib mematuhi imam
2. Mendidik umat Islam supaya hidup berdisiplin
3. Menimbulkan perasaan kasih sayang dan persamaan taraf di antara umat manusia
4. Berpeluang untuk saling berkenalan, sekaligus menyatupadukan umat Islam.

Wednesday, May 6, 2009

Ibu Mithali



Beberapa petua untuk menjadi ibu mithali.

  1. Analisis diri daripada pandangan anak.
  2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi.
  3. Bercakap benar.
  4. Kotakan kata-kata.
  5. Didik anak mengenai kemahiran sosial.
  6. Gunakan masa jitu untuk mengajar.
  7. Wujudkan suasana positif dalam rumah tangga.
  8. Gunakan belaian positif lebih daripada negatif.
  9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak.
  10. Melatih anak berfikir.
  11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman.
  12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga.
  13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus.
  14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga.
  15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah.
  16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.


Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumah tangga. Paling penting adalah sebagai :-

  1. Pendidik keluarga.
  2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga.
  3. Penasihat.
  4. Doktor dan jururawat.
  5. Mendisiplinkan anak-anak.
  6. Kawan atau sahabat.
  7. Penyelesai masalah.
  8. Merangsang perkembangan mental anak-anak.
  9. Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak.
  10. Model pada anak-anak.
  11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat.
  12. Mengawal ekonomi rumah tangga.
  13. Menjaga harta suami dan keluarga.


Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang boleh dicontohi iaitu :-

  1. Ibu menyerlahkan keunikan tersendiri.
  2. Tidak ‘berebut kuasa’ dengan anak-anak.
  3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak.
  4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak.
  5. Mendidik anak berdikari.
  6. Mempunyai nilai diri tinggi.
  7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak.
  8. Bertindak secara jamaah.
  9. Mengorbankan kepentingan peribadi.
  10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan.
  11. Meneroka dan merangsang potensi anak.
  12. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
  13. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.