Tuesday, June 30, 2009
Amalan Murah Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah. Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar. Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi. Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim. Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk. Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha. Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah. Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Wednesday, June 24, 2009
Bahan kimia yang merbahaya
Disenaraikan bahan kimia yang sangat berbahaya sebagai iktibar untuk golongan wanita:
Hydroquinon
• 1-5 gm boleh menyebabkan kematian bila termakan.
• Mendatangkan kanser pundi kencing, kerosakan hati dan buah pinggang.
• Allergi pada kulit
• Berdengung dalam telinga
• Boleh menyebabkan mutasi pada kulit- merbahaya pada janin
• Mata menjadi kabur.
Tawas (Alum)
• Menyebabkan kehitaman pada muka dan ketiak
• Menyebabkan jerawat.
• Boleh menyebabkan radang gusi dan pendarahan dalam perut (”Food and drug
administration) 1992 dalam laporannya mengatakan bahan ini tidak selamat.
• Apabila termakan 1 ounce boleh manyebabkan kematian.
• Boleh merosakkan buah pinggang.
Alpha Hyroxy Acid (AHA)
(Glycolic acid, Citric acid, Malic acid, Fruit acid (ekstrak buah), Orange acid, Sugar cane (Ekstra Tebu)
• AHA boleh menyebabkan kerosakan kulit apabila kulit terdedah kepada matahari dan panas dan dalam jangkamasa lama menjadi kanser kulit. Kulit terasa pedih ketika terkena matahari.
• Jika menggunakan produk yang mengandungi bahan ini, anda dinasihatkan berhenti penggunaan jika kulit terasa pedih, merah dan radang. Sesuatu bahan kosmetik tidak sepatutnya membuatkan kulit terasa pedih, menggelupas dan perit serta radang.
• Membuang kulit luar melalui penggelupasan menyebabkan kulit yang tinggal didedahkan kepada kuman, kekotoran dan pencemaran dari alam persekitaran yang merosakkan kulit. Penggunaan AHA boleh menyebabkan seseorang pengguna mengalami penuaan dengan lebih cepat. Anda mungkin kelihatan muda sekarang, tapi tidak lama dan mungkin anda akan mengalaminya selepas beberapa ketika panggunaannya.
Merkuri
• Menyebabkan kehitaman dibawah dagu dan dahi
• Timbul ruam-ruam atau bintik-bintik seperti biji nasi.
• Logam berat yang beracun.
Retinol @ Retina
• Racun yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia.
• Banyak digunakan dalam produk kecantikan untuk melambatkan proses penuaan.
• Bintik-bintik dan menggelupas.
Bahan rujukan:
American Medical Accosiation, Committee on Cutaneous Health & Cosmetic 1971
Cosmetic ingredient review
Dictionary of cosmetic ingredients
Cutaneous reaction to Cosmetic-American Medical Association.
Thursday, June 18, 2009
A Child Work
PLAY : A CHILD WORK
Young children learn from play. They learn everything they need to know to function in the world. Their play is quite purposeful. It is not as random as it may seem to appear.
PLAY is:
- critical to all aspects of a child's development
- often overlooked by parents as a valuable tool
- a preventive measure to discipline problems
- offers a natural way for a child to learn
- essential in forming a positive relationship between parent and child
Even when children misbehave they are probably trying to learn something.
As parents, we look upon children's activities as just play and often overlook its real importance.
Here is list of play's value:
- Outlet for energy
- Exploration
- Rehearses real life situations
- Works out strong feelings
- Strengthens family bonds, when parents and children play together
- Develops concentration and coordination
- Teaches all kinds of skills
- Teaches how to solve problems
- Teaches creativity
- Teaches how to get along with both children and adults
- Teaches from experience
- Develops confidence in one's ability
- Keeps children busy and less likely to get into trouble
Children learn everything from play.
Their natural curiosity leads them to learn. It is what childhood is all about. You can add a great deal to their children's development by allowing reasonable freedom to explore, providing interesting playthings, and playing with your children frequently.
Monday, June 15, 2009
DORONG ANAK-ANAK BELAJAR DI RUMAH...
APA IBU BAPA PATUT BUAT? ; LANGKAH-LANGKAH MESTI
1. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF
- Ruang belajar
- Ventilasi dan cahaya
- Buku-buku bacaan
- Meja dan kerusi
2. MENGHORMATI ANAK-ANAK KETIKA MEREKA MENTELAAH PELAJARAN
- jangan buka radio atau tv dengan kuat
- jangan marahi atau leteri anak-anak
3. MEMPERTINGKATKAN ILMU IBUBAPA
- bacaan, seminar keibubapaan & perbincangan dengan orang-orang yang berjaya
4. BERI CUKUP MASA PADA ANAK-ANAK / PANDAI MEMBAHAGIKAN MASA
- Masa belajar / Masa bermain
- Rehat / Santai
- Tidur yang cukup
- Makan & kebersihan diri
5. SENTIASA MEMPAMERKAN WAJAH CERIA, SENYUM DAN IBU BAPA JANGAN BERTENGKAR DI HADAPAN ANAK-ANAK
6. MAKANAN YANG SEIMBANG UNTUK KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL
7. SENTIASA MEMBERI GALAKAN, NASIHAT DAN CONTOH-CONTOH UNTUK DIIKUTI
- Menjaga emosi anak-anak
8. TEGAS, TEKAL PADA ARAHAN BELAJAR DLL
9. MENERAPKAN NILAI-NILAI KEROHANIAN DAN MORAL
- Doa-doa
- Amalan-amalan
- Kepatuhan
- Kenpetingan ilmu
10. PENDEKATAN ALTERNATIF
- Belajar berkumpulan
- Bawa anak-anak ke tempat yang sunyi dan nyaman
- Berbincang dengan guru anak-anak
Sunday, June 14, 2009
Pelbagai Khasiat Kelapa Dara
MINYAK KELAPA DARA –
Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.
Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatiri membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyaknya dikatakan membawa kesan negatif pula.
Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum.
Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara?
Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.
Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari di pasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.
Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti
Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.
Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:
- meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
- meningkat kadar metabolisma badan
- anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
- anti oxidan semulajadi
- meningkat fungsi kelenjar tairoid
- melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
- tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
- meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
- berupaya menurunkan berat badan
- meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
- membekal sumber tenaga dengan cepat
- melembab dan melembutkan kulit
- mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
- mengurangkan kesan keracunan makanan
- membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
- menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
- mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
- mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
- mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
- mengurangkan risiko dan kesan demam
- mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
- mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
- mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
- mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
Cinta...
CINTA dalam Islam ialah untuk mereka memahami Islam dan tuntutan syariat, serta sentiasa berada dalam tarbiah, di samping tahu akan kehendak tuntutan fitrah suci manusia itu. Bukan sahaja manis dibibir tapi bersedia untuk mengambil si 'dia' sebagai suami mahupun pemaisuri hati untuk sama-sama melihat Islam menjadi kuat dan dihormati kawan mahupun lawan, dengan pelbagai cara terutama dalam meramaikan zuriat yang mampu mendokong perjuangan para syuhada' terdahulu. Kenal dengan cara mendalam (walaupun tidak menyatakan secara terus terang) merupakan kasih sayang yang suci kerana bimbang diri tidak boleh menahan gelojak nafsu yang sentiasa bersedia untuk menyerang. Inilah taaruf atau konsep cinta yang ditaja oleh Islam yang penuh berhati-hati dan menjaga kemaslahatan semasa.
Para hukama' pernah bermadah;
"Barangsiapa yang bercinta (dengan menjaga batasan dalam Islam dan untuk mencari keredhaan Allah swt semata-mata) dan bilamana mereka mati (semasa cinta masih bertaut) maka matinya itu dikira sebagai mati syahid."