Rahsia Pemakanan Orang Bijak Pandai
Islam
Penemuan saintifik telah membuktikan kebenarannya
mengenai amalan makanan dan pemakanan yang baik untuk mental, khususnya
terhadap susu, madu dan telur.
1. MADU - Madu adalah makanan
yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai 'shifa'' iaitu
penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'Raja Ubat', dapat menyembuh
kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia
mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang
meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang
penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium,
potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk
memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, 'Siapa
ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu'. Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan
kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
Cara Minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan
madu. Sangat merbahaya.
2. KISMIS – Kismis mengandungi zat besi yang amat
diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi
untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah
mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
Cara Makan:
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca 'Bismillah' dan selawat ke atas nabi (3
kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula.
Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3. SUSU SEGAR - Susu berguna untk kesihatan otak,
mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi
3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk
pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan
berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh
iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang
berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang,
menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu
yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu
yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
Cara Minum: Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah
pagi dan malam
4. TELUR - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak,
badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia
merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral,
vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin,
zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, 'Sesungguhnya
seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah
s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur'.
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi
masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.
6. HALIA - Ianya sangat mujarab untuk gejala
kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang
dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
Cara Makan: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi