Friday, January 7, 2011

Mutiara


(foto oleh sdra Naimi, PMBK)

Dalam hidup ini ambillah sebutir mutiara sebagai tamsilan. Ia terhasil di dalam seekor tiram yang hidup jauh di dasar laut dan hanya terbentuk selepas bertahun-tahun menapis segala jenis kotoran, hablur serta debu. Setelah melalui proses tersebut, yang mengambil masa begitu lama dan rumit barulah mutiara itu terhasil dengan rupa yang cantik, padat dan berkilau-kilauan, lalu ia menjadi rebutan. Kita berebut-rebut mencarinya, menjualnya dengan harga yang mahal dan menjadikan mutiara yang cantik berkilau itu sebagai perhiasan berharga.

- Haji Sidi Oraza

Wednesday, January 5, 2011

Studies Show Virgin Coconut Oil Protects Against Environmental Toxins...




In the largest study of chemical exposure ever conducted on human beings, the US Center for Disease Control and Prevention (CDC) reported recently that most American children and adults are carrying in their bodies dozens of pesticides and toxic compounds used in consumer products, many of them linked to potential health threats. The report documented that children carry bigger doses of many chemicals than adults, including some pyrethroids that are ingredients of virtually every household pesticide and phthalates found in nail polish and other beauty products as well as in soft plastics.

VIRGIN COCONUT OIL has been shown to neutralize a variety of toxins includingthe deadly aflatoxin

The study looked for 148 toxic compounds in the urine and blood of about 2,400 people over age 5. Environmental health experts say the discovery of more than 100 chemicals in human bodies is of great concern because we don’t know what affect they can have on the body. Many environmental health experts believe the rise in cancer and other chronic diseases over the past several decades is due, in part, to the accumulation of these chemicals in our bodies. However, removing pesticides, plastic bottles, make-up and other items won’t be happening anytime soon. The best solution to the problem is to remove the toxins from our bodies. Certain foods such as cilantro, wheat bran and coconut have detoxifying effects that can absorb or neutralize environmental chemicals that collect in our bodies. Simply adding these detoxifying foods into our diet can help eliminate many of the toxins we are exposed to each day. Virgin coconut oil is of particular interest because it has been shown to be highly effective in neutralizing many environmental toxins.


(gambar contoh)


WHAT THE EXPERTS SAY

A recent study published in the Journal of Human and Experimental Toxicology (August 2005) revealed the effectiveness of coconut oil in neutralizing aluminum phosphide, a poison used in rodent control. A case study reported that a 28 year old man ingested a lethal amount of the chemical in an attempt to commit suicide. There is no known antidote for aluminum phosphide poisoning and doctors had little hope of saving him. He was given the standard treatment for acute poisoning as well as the oral administration of coconut oil. To the surprise of the medical staff, the patient survived. The authors of the study recommend that virgin coconut oil be added to the treatment protocol in acute poisoning cases.

Using virgin coconut oil to help nullify the effects of a poison is not as strange as it may sound. Researchers have known for over a decade about the detoxifying effects of virgin coconut oil.

In the book ‘Coconut Cures: Preventing and Treating Common Health Problems with Coconut’, Dr Bruce Fife, ND cites several studies where virgin coconut oil has been shown to neutralize a variety of toxins including the deadly aflatoxin.

(gambar contoh)


Using virgin coconut oil in your daily diet can help protect you from a variety of environmental toxins. You can even take it by the spoonful like a dietary supplement. A quality brand of coconut oil tastes very good and is even pleasant to eat straight from a spoon.

Tuesday, January 4, 2011

5 Sikap Positif Di Awal Tahun 2011





1. Berhenti mengomplen.

Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi negatif seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju. JIka Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.


2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.

Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda lebih bagus, lebih pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain. Anda tak ada dorongan nak berusaha, sebab Anda sakit hati.


3. Banyak berfikir memperbaguskan diri...

Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga tepi kain orang lain. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan pencapaian mereka. Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya.


4. Hormati, kagumi, sanjungi...

Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat Anda bermotivasi. Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,angkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Ini menjadikan Anda sentiasa bermotivasi lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya sebab kesenangan hati orang yang selesa bergaul dengan Anda akan menjadi doa kejayaan Anda. Kebencian orang pada Anda akan menjadi doa juga, iaitu doa untuk menjatuhkan Anda. Buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat.


5. Doakan orang lain supaya jadi berjaya.

Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Bantu orang lain untuk berjaya, pandanglah dia sebagai orang ada potensi untuk berjaya. Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.



Daripada iMotivasi.com

7 Prinsip Utama Perniagaan Daripada Irfan Khairi




Antara punca kegagalan UTAMA dalam perniagaan adalah konsep yang salah. Kebanyakan usahawan terlalu memandang mengenai apa yang dilakukan oleh orang lain dan cuba menjadi seperti mereka dengan mengikuti langkah mereka. 

Ada orang bermula dengan susah, ada yang bermula senang, ada orang bermula dengan kosong.

Untuk menceburi bidang keusahawanan adalah penting membuat persediaan dan mengetahui mengenai  tindakan yang perlu dielakkan dalam perniagaan supaya dapat  membantu mengurangkan risiko kegagalan kepada usahawan.

PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

Perkara KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalamn perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

Perkara KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

Perkara yang KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

Perkara KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

 

Friday, December 31, 2010

2011



Dalam perbualan berkaitan tahun baru, sering ditanyakan tentang azam tahun baru. Bagi yang ada azam, baguslah... Tindakan seterusnya ialah, menetapkan matlamat dan langlah-langkah perlaksanaan.

Sesungguhnya, KEJAYAAN hanya milik mereka yang tekun berusaha dan tidak berputus asa.

Selamat datang 2011.

Thursday, December 30, 2010

Ibu...

KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN
MAKANAN KE LANTAI.

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA
DENGANNYA.

APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN,MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”

MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA
MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

KEMUDIAN SUATU HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG